Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 6, 2011

PERLU KE?

assalamualaikum~~


dua tiga hari nih pergi kerja je muka mesti merah-merah kena usik..
hari-hari hadap orang cakap stok-stok 18sx dengan aku..
diorang tak tau ke otak aku ni suci murni lagi bersih kerana menjalani penintratan 2 kali macam minyak seri murni?
last-last aku terpikir..

perlu ke aku diusik-usik macam orang yang baru nak kawin padahal aku dah kertu (sedaq pun) dan telah pun beranak pinak??

perlu ke korang suggest kat aku tempat honeymoon?(motip??)

perlu ke korang bayangkan kenapa aku amek cuti panjang hujung bulan ni?

perlu ke?

perlu ke?

korang sedar tak bulan depan dah bulan ramadhan?? honeymoon kejadahnye bulan-bulan pose nih? dah..dah..tak payah nak bayang bukan-bukan, aku ambik cuti panjang sebab nak concerntrate pose je awal ramadhan nanti..bole gitu? layan jela alasan tak berapa nak bernas tu.. =__="

nyesal request cuti awal-awal untuk passing out inche hubby 30hb julai ni..
udah aku jadi bahan kat wad..
cheq maluuu~~~auuwww~~

Tuesday, July 5, 2011

ANAK MANJA IBU

assalamualaikum~~

hannani sekarang ni bukan main manja lagi..
agaknya dia tau kot ayah dia dah nak balik..
lepas ni kena kongsi ibu dengan ayah..hehehe..

pantang ada masa terluang aku golek sebelah dia, dia pon datang menggesel-gesel..da macam kucing dik oi..
memanjat badan aku adalah hobi ye..
lepas panjat haruslah muka ibu ditepuk-tepuk, kan?


pantang ada benda  semua nak masuk mulut..

keletah pun bukan main lagi..
ada je perangai dia yang buat aku geram..
baru-baru nih dia susah nak tido malam..
seronok main tengah-tengah malam sampai mata dah separuh terbukak pon nak jugak main..
ada sekali tu, tengah main boleh tertido..
lepas tu tersentak jaga, terus je kelam kabut sambung main..adei...drama betui ini budak..
cakap pasai drama, budak kenit nih kalau menangis..mak ai...meleleh leleh air mata macam sedih sangat..
siap cebik-cebik, tarik muka bagai...
tapi boleh kejap pause nangis kalau ada iklan boboboi..oke gitu?

si toncet bertuah..

si kenit ni pon dah makin kuat makan..
bubur nasik tu faveretlah kalau aku taruk carrot banyak-banyak..
kejap je licin..
susu pon laju..
air masak je yang tak mau..pastu bila nak berry sampai merah-merah muka..haihh.. =__="

sekejap je dah besar anak dara aku nih..macam baru semalam je beranakkan dia..heheh..

hari pertama anak dara dilahirkan



anak dara umur 6 bulan





and....













muka penyek baru bangun tido umur 7 bulan..
anak dara ibu sayang...sayang ucuk-ucuk ibu nih...=)

Tuesday, June 21, 2011

MEMORI BONGOK AND BUDUS ITU

assalamualaikum....
memori paling bongok aku rasa dalam hidup aku ni adalah masa last sem aku kat kubang kerian..

kalo korang penah baca entry aku bertag roomate, mesti korang tau nape..hehe.. klik sini untuk rewind memori bongok itu
oke..
ari  ni aku teringat balik sama itu cik roomate..huh..tau nape?
sebab ada sorang patient aku nih..
mental orangnya...
asikla cabut sume jarum-jarum kat badan dia, refuse all treatment, and betul-betul buat kitorang misi-misi ni hilang sabar sesangat...
bila kitaorang marah, dia jawab..
bila dah tak reti nak menjawab, dia akan jerit " diamla!!u diam!!diam!!!"
ohh..sungguh cliche ayat itu..

cik roomate amat suke akan perkataan diam itu bila dah tak terlawan nak berbalas pantun round keberapa ntah tak kira plak..

secara jujurnya,
selama kami bermasam muka, tak pernah sehari pun aku tak terfikir, kenapa kami bergaduh sebenarnya?
apa yang terjadi sebenarnya antara kami?
sampai sekarang aku tak pernah ada jawapan itu..
yang aku pasti, setiap kali bertikam lidah, isu aku nak kawin masa tu mesti naik..
contoh ayat dia nak gaduh dengan aku:

"macam ni ke gaya nak jadi bini orang?"
"tak abis-abis melayan jantan je keje"
"perangai ntah apa-apa, berangan nak kawen"

ayat paling top haruslah ayat paling atas tu...
kenapa? itu harus tanya dia sendiri lah..
aku sendiri tak faham..
masa tu dia seolah-olah tak dapat terima kenyataan aku nak kawin..

dan, secara jujurnya jugak,
aku mengaku, sepanjang berkawan dengan dia, dia kawan yang baik..
kitaorang berkawan baik, rapat sangat-sangat selama hampir 2 tahun stengah..
menjalani hidup kat kolej tu sama-sama..
harung susah senang, up and down sama-sama..
but then again,
even kawan yang baik pun mesti ada flaw jugak,kan?

bongok tak bongok, budus tak budus pon..
dia la manusia biasa yang bisa buat aku marah sampai tahap membelasah..
dia la manusia biasa yang buat aku tak takut tido tak tutup pintu sampai pagi..
dia la manusia biasa yang sampai sekarang tak tau aku yang buat lampu bilik terpadam sendiri tiap kali dia hempas pintu almari dia..haha..sampai dia ingat bilik tu berhantu..di bulan ramadan..
dan, dia jugakla manusia biasa yang suke kunci pintu waktu aku dalam bilik konon-konon dia nak hint yang dia tak nampak ada manusia laen dalam bilik tu and end up dia terpaksa menumpang bilik orang laen berjam-jam sambil berkemban sebab aku pon terlupa ada manusia laen yang duduk dalam bilik tu pegi mandi tak bawak kunci..kihkihkih..

ohhh jaman jahiliah itu..
bila aku da macam feeling-feeling makcik-makcik sebab dah ada anak ni,
terasa betapa buduhnya jaman itu..
bongok dan buduh tapi priceless...boleh buat bahan gelak time-time sedey..kikikikiki...

Sunday, June 5, 2011

FIRST TIME

assalamualaikum~

hari ni first time bawak kereta en.hubby pergi uptown di ipoh..
pergi the store je sebab itu jalan yang aku paling expert sekali..hehe..
nasib baik tak de banyak sangat kereta tadi..lega-lega..phew..
sebenarnya aku just nak pergi survey jalan nak pergi klinik hannani esok..
nak dara tu ada temujanji esok, untuk cucuk imunisasi umur 6 bulan dia..

first time keluar dari rumah tadi..berebar-debar..
nasib baik dah test-test bawak keliling taman perumahan ni dulu..
pergi isi minyak, pam angin tayar..
masa isi minyak giler lawak..senget je aku park kereta sampai orang sebelah tertoleh-toleh..
oke..aku tak tampal sticker P lagi kat keta tu..so?
aku dah ada lesen CDL oke? tak payah P lagi dah..theehehe..
tapi sebenarnya ak cari jugak sticker P tu..sebab aku takut..

jalan je keluar dari rumah perasan tak pakai tali pinggang..
cesss~~try bawak sebelah tangan sebe;ah lagi pakai seatbelt..
haahhh!!melelong kau!
nasib tak ada kereta kat belakang..kalau tak mesti dia ingat cina mabuk mana bawak kereta tengah-tengah hari buta... ="[
part paling takut masa dekat roundbout..
seram sejuk tangan..jeling je hannani kat sebelah..
cess dia boleh bantai tido je..sabar jela..asal naek keta je tido..tak harap nak buat peneman betol.. T__T

at last, dah penat berpeluh dalam kereta, sampai lah tempat yang dituju..
parking pulak menjadi masalah sebab aku langsung tak reti nak perking..
sekali lagi nasib baik..
perking banyak kosong..yippeee!!
kalo aku nak pusing ke nak wat parking melintang 3 kotak ke..tak de sapa nak marah, tak de keta laen jadi mangsa..hehe
tapi tak..
aku berjaya buat parking dengan cemerlangnya..hehe..
tapi sengetlah sket..hehe..

and journey balik alhamdulillah..lancar je..
lega-lega..

tapi..

bila sampai rumah..

tengok kereta..saya jadi malu sangat...

kereta comot dengan tahi burung dengan debu.. =_=''

pehhh..pompan bawak kereta selekeh and comot..

oke..cuti ni bawak kereta p carwash~~

WAJIB!!

hehehehehehe~~~~

Tuesday, May 31, 2011

ERRR~~

assalamualaikum..

keadaan rumah aku sekarang ni seriously bersepahtungganglanggangcomotsememehntahapa-apamacamtongkangpecahtakdetempatnakecahkatumahakujugakdianaksepahpecahbagai

agaknya kalo mak datang buat spotcheck mau aku kena tazkirah setahun tak abis..
patu cerita rumah aku bersepah jadi cerita legasi mau tiga empat tahun..

abis..dah tau umah bersepah pegilah kemas, yang sibuk berblog bagai ni pehal ko?

:malas:
:penat:

boleh tak nak beli hanger and sangkut je semua baju dalam almari sebab malas sangat nak lipat?
boleh tak sapu je umah tak payah mop selagi tak melekit kaki pijak?

rasa-rasa nilah akibat tak cukup tido + kerja 8 hari straight + off day baru nak buat semua + off day sehari je
lagi-lagi hannani sekarang bukan main banyak songehnya..
asal ibu dia pegang penyapu, pegang kain nak lipat, pegang senduk nak masak, dia mula la melalak..
bila ibu dia melepap tak buat apa-apa elok je dia main sorang-sorang..
haishh~~

banyak betoi alasan ko anis~~
dah tak de maknanye penat-penat tuh..orang laen pon kerja jugak...
sebenarnya ko malas, kan?
abis cerita

ok bye, nak amek penyapu sapu umah SEKARANG

TAHAN JELA~~

assalamualaikum..
saya amek test jpj ari ni.
kisah geli hari ni ;


tester : da biasa bawak kereta ke ni?
saya : tak..bawak masa training je la
tester : ni bawak laju macam nak cepat abis je..takut ke?
saya : tipulah kalau tak takut encik.. 


-berhenti kat trafik light-

tester : tak payah takut..abang tak makan orang..rilek je..
saya : ...........(dalam ati- erk...abang????) jeling-jeling tengok tester kat sebelah x de rupa abang pon..
tester : karang makan tengah hari kat mana?
saya : err..puasa encik..
-traffic light tak hijau-hijau-
tester : ye ke?
saya : ye..puasa ganti tak abis lagi..(jeling lagi..tahan muka stern..tahan muntah..tahan geli geleman)
tester : hmm..bukak puasa? 
saya : err.. ...........lampu isyarat ni tak hijau pun cik..yang tu dah 3 kali hijau..saya jalan ye, lampu rosak ni..
tester : ye..ye..jalan..jalan..




senyap                                   
-
-
sunyi
-
-
ngeng~ngeng~
-
-
krit~krit~
-
-
bunyi nyamuk~
-
-
sampai balik pusat memandu...
tarik nafas panjang..toleh, senyum kat tester tu..dia senyum balik..

tester : so macam mana?
saya : macam mana apa?
tester : bukak puasa dengan saya? meh no tepon awak, nanti petang saya jemput..
saya : boleh bawak suami sekali ke?
tester : .............................................kelip-kelip....................................
saya : terima kasih cik..

keluar, tengok kertas ujian..lulus..19/20..
hahah~~
rahsia kejayaan = tahan je kalo tester menggatal..berlagak muda-mudi walaupun dah beranak satu...kikiki

Friday, May 27, 2011

RATU AYAQ MATA

assalamualaikum..
ya
aku sekarang dah dinobat jadi ratu ayaq mata..
ya
aku sekarang cengeng..
ya
aku sekarang sikit-sikit touching..\
ya
aku sekarang emo..

aku dah tak kuat macam dulu
aku bukan lagi stonecold..
bukan lagi lone ranger..
bukan lagi hati kering..

at last, aku akur pada kata-kata no women no cry..
chait~~tak seswai oke!!!

Monday, May 23, 2011

INSOMNIA

assalamualaikum..
aku diserang insomnia..
tak tahu kenapa aku susah sangat nak lelapkan mata sekarang ni..
memanglah kadang-kadang kesedihan ditinggalkan tu menyerang jugak bila dah baring dalam gelap tuh..
bila dah tutup lampu, baring and keadaan dah sunyi, yang aku dengar cuma bunyi nafas hannani..
lepas tuh segalanya terasa menghimpit..
betullah orang cakap, kesunyian tu boleh membunuh..


masa terkelip-kelip dalam gelap tu..macam terdengar-dengar suara dia bercerita itu ini..
waktu menanti mata terpejam tulah terasa betul dia tiada di sisi..
sebab hanya waktu itu aku berada dalam dunia aku..
sendiri..
waktu-waktu selebihnya aku dah biasakan diri sibuk dengan macam-macam benda..
sibuk dengan anak, kerja, facebook, tv, kemas rumah, membasuh..i even do things twice just to make sure im occupied for the rest of my day..
bila sampai aja waktu tidur, aku blank, kosong, dan mulalah nak terasa sunyi..mulalah nak melalak..
dah nak masuk 5 bulan dah anis..bawak-bawak lah bertenang..


dan bila ketenangan yang dicari tu tak juga aku jumpa,
hanya pada DIA aku mampu mengadu..
pasrah..redha..kerana itulah fitrah aku sebagai isteri dan hambaNya..


teringat lagu kopratasa :


kerana kau isteri,
kuingin kau mengerti bahawa hidup ini..
tak semudah yang kita impikan,
yang kita impikan kerana kau isteriku..


memang, hidup ni bukannya berjalan atas path of roses..
more likely macam walking on a path of roses and thorns tu, adalah..
tak semua yang kita impikan tu akan mampu kita miliki..


ramai orang ingat kawin tu, macam happy ending sebuah cerita cinta..
actually, kawin tu adalah beginning of a journey..
journey seumur hidup pulak tu..
its a journey of knowing someone, bear with him, and love him as a friend and a lover..
bila dah kawin bagi aku, its not all about you and your partner anymore..
its about 2 family and everything that comes with it..
bila dah kawin bagi aku, kita perlu bersedia..
ready to make changes in our life,
and ready to sacrifies..


ini mungkin pengorbanan kecil kami dalam hidup kami sekarang..
tak siapa tahu apa lagi yang akan perlu kami korbankan lagi demi keluarga kami ni..


setakat sekarang ni, aku cuma mampu berdoa, bersabar dan terus menanti sebab aku tau, setiap penantian pasti ada pengakhirannya..and its coming soon..huhuhu..anxious dah ni..dah siap tanda kalendar lagi..kikiki..


dan..


sekarang ini yang amat-amat aku perlu adalah tidur yang cukup..
gilos dah dekat seminggu tidur tunggang langgang ni..
cik insomnia..go away lah!!


 p/s : sabar-sabar jelah ntah apa-apa aku bebel..=__='' memang entry tanpa motif la nih..

HANNANI

anak dara saya namanya hannani..
sekarang da nak masuk 6 bulan dah pun..
dah pandai tergolek-golek sendiri..
lesen meniarap dah pass with flying colours tapi lesen terlentang balik lepas meniarap fail miserably..haha
selalu meniarap pastu bila dah penat, menjerit-jerit marah..
pastu menangis mintak tolong orang terbalikkan dia balik..so sweet anak ibu ini..
faveret words sekarang adalah "abuuu~~"
which i assume to be she calling me..haha..oke, saya perasan
masa menangis suka sebut "abuwat~~"
hannani loves to play peek a boo..
love to be hug and kissed..
such a manja-manja babyla..
and, suka sangat menangis sekarang ni.. T__T



saya sayang baby saya~~ kekeke

Wednesday, May 18, 2011

MENGIDAM

assalamualaikum..
aku pernah janji untuk cerita pengalaman mengandung and bersalin kan?
frankly, penglaman mengandung tu is a complete blur..
sampai usia kandungan dah 7 bulan, barulah aku tersedar..
tapi yg best masa mengandung ni aku rasalah kan..sume ibu-ibu mengandung pun rasa benda ni kot..
masa hubby penuhi segala permintaan..a.k.a segala benda yang korang mengidam and buat semua benda yang korang malas nak buat..oke?

haa


baru ingat..

pernah mengidam nak makan sambal telur yang mak buat masa mengandung 3 bulan..

memang lawak gilos masa tu..

pukul 3 pagi, tengah tidur, mimpi makan sambal telur mak, terus bangun, kejut hubby, nangis-nangis nak makan sambal telur..
gilos-gilos..
bukan nanges sikit-sikit pulak tu.. dah tahap menangis tersedu sedan..hikhikhik..
and please take your note ek..saya nak sambal telur yang mak saya buat..
MAK saya buat
MAK saya masa tu kat kedah..
aku kt ipoh..
memang mission impossibble la kan pagi-pagi gelap gelitos tu nak suruh mak buat sambal telur and balik kedah time tu jugak untuk makan sambal telur tu, and balik ipoh semula untuk kerja pada pukul 7 pagi..
pergh..gila pengurusan masa yang mantop..
so, dipendekkan cerita,
lepas hubby pujuk pun aku buat dek aja,
bangunlah sang suami, pegi dapur, blender cili, and masak sambal telur pada pagi-pagi buta..
sambil tu dia tanya aku macam mana mak buat sambl telur tu..haha..gilo aku pemalas tanak masak sendiri..
naseb ada nasi lebih makan malam sebelumm tu..

dah siap masak, dia pun bawak la datang kat aku..

aku tengok sambal telur tu...ada rupa macam yang mak punya..


cedok letak atas nasik..
tengok lagi..
amek sesudu..
masuk mulut..
kunyah-kunyah..
telan..
tengok muka hubby..
"tak macam mak buat"
letak pinggan,
naik atas katil, tarik comforter, tido..

boley??
kuang hajo tak??
dah la tak berterima kasih langsung..penatla orang tu masak..aku makan sesudu je..hehe..

tapi itulah last aku menangis sebab mengidam sebab lepas bangun tido pagi esoknya aku rasa teruk sangat-sngat..mintak maaf kat hubby and janji takkan buat perangai kalau mengidam lagi..
self control itu penting, oke?

lepas tu, aku mengidam bihun sup 2 hinggit yang kuar jalan-jalan cari makan tu..and mengidam daging kijang..

daging kijang dapat..
bihun sup tak dapt sebab bila lalu je mesti kedai tu tutup..chaiss..

sekian,


Saturday, May 14, 2011

.::TIMBUL BALIK::.

Assalamualaikum..
oke..aku tau
aku ni asyik menabur janji manis je kata nak hapdet la, nak ceritala..propa je tu semua kan?
sorry, ampun, maaf..
aku terlalu sibuk menata balik kehidupan
aku terlalu tenggelam dalam kesedihan sampai banyak perkara yang menyeronokkan dalam hidup ni aku lupakan..
last entry aku, pasal aku peknen, kan?
alhamdulillah..
aku dah pun selamat melahirkan baby pompuan 25hb november lepas..
anak pengikat kasih aku n hubby..

tapi, disebalik kegembiraan tu, banyak cerita sedih sepanjang kehilangan aku..
tak apalah..tak perlu lagi kot nak ungkit benda-benda yang dah pun lepas..
yang penting sekarang, aku sudah kembali sihat dan bahagia.. itu yang penting.. =)
yess..aku SAKIT..sepanjang kehamilan, aku SAKIT..
sakit yang buat aku hampir tak kenal diri sendiri,
yang buat aku dan inche suami kehilangan diri masing-masing..
aku tak tahu apa yang aku dah lakukan untuk menerima semua tu tapi biarlah..mungkin sudah ketentuan ALLAH..aku redha sebab aku percaya, ada hikmah disebalik setiap kejadian dalam hidup nih..

dan..selepas melahirkan, aku sibuk adjust balik kehidupan yang dah pun bergelar ibu..
yang sedihnya, inche suami tak dapat menemani,
rezeki budak kenit ni kot, hubby dapat tawaran masuk latihan polis, after bertahun2 dia apply tapi tak pernah dapat..
mula2 tu kami berbelah bahagi jugak perasaan, samaada nak let go hubby pergi atau tak..
tapi kemudian, kami redha..sebesar-besar ujian kami telah tempuh, biarlah ujian kecil ni jadi penguat kasih sayang kami..=)
so, genap setahun aku nikah, hari yang sama jugak hubby pergi meninggalkan aku..and sekarang, dah nak msuk 5 bulan dia pergi..
and itulah jugak sebabnya aku macam kehilangan nywa sekejap..
macam dah tak ada keseronokan dalam hidup..macam hilang sebahagian dari diri..

kemudian, berpisah sekejap dengan anakanda..dekat dua bulan jugakla..
sebab dah start kerja and ketiadaan babysitter..
lagipun mak macam tak harapkan aku je sorang-sorang nak jaga baby..
watevola..
atlast, lepas separuh mati menanggung kesepian dan kerinduan terhadap dua belahan jiwa aku tu, aku dapat bawak baby hani balik ipoh
tinggallah kami dua beranak di ipoh ni..hehe
memang mencabar..
juggle antara kerja, anak and other hassle..
terasa sangat beratnya..

TAPI..

bila melihat senyum and gelak tawa puteri kesayangan, 
semuanya terasa macam kacang rebus je..

DAN,

bila teringat pesanan suami :
"kekuatan seorang suami itu terletak pada isterinya, jadi ayg kena kuat, abang perlukan kekuatan ayg untuk bertahan di sini"

i just have to hold back my tears and swallow the pain...

p/s: entry permulaan yang 100% serius..nak gelak pon ada bc nih..betul ke aku da hilang semua sense of humor aku?

Saturday, September 4, 2010

KEMBALI~~

assalamualaikum..
akhirnya dapat jugak jenguk2 belog yang da bersawang ala-ala gua kat ceruk hujung dunia..heh..


maka arakian ceritanye..masa bukak blog ni td ternampaklah daisypath aku yg tunjuk aku da 7 bulan mengahwinkan diri aku kepada inche suami ku itu..
hak..hak da nak dekat setaun da..
last update blog bln 5 ari tuh
skang da bln 9..
da 4 bln..
mcm2 jd dlm ms 4 bln nih..
ada yang baek..
ada yang x berapa baek..
yang best pun banyak..


hapdet pertama yang aku nak war-warkan..aku da selamat mengandung selama 6 bulan 2 minggu..hihi..
alhamdulillah..setelah byk dugaan di awal kehamilan, aku semakin sihat sekarang..
cuma biasalakan, sakit pinggang, sakit kaki, sakit hati..eh..
sakit hati tu sebab tempat keje aku tu hampeh..mlsla nak cite..
org mengandung x leh cerita yg negatif..hehe..satu alasan bernas di situ..kikiki


pergh..rasa best betui dapat spill kat sini..
semenjak inche suami cakap sruh aku kurangkan aktiviti membelog, aku cuba sedaya upaya untuk jd isteri ala-ala isteri solehah..memang avoid habis walaupon sekali sekala terjeling-jeling gak belog org laen..hehe..
tetiba..malam kelmarin inche suami cakap
"yang, kalo kita wat blog psl idup kita, best gak kan?"
sumpah aku rasa macam nak tercekik kuih yang aku tengah cekik tuh..
makkaaaiii....
pucuk dicita ulam mendatang..hehe..
maka lepas ni, aku akan try meluangkan sikit masa untuk menghapdet dan mengubahsuai belog ini supaya tak menjadi belog 'saya' tapi belog 'kami'..(penyamaran itu perlu ke?)

banyak kisah cinta, harapan dan impian yang nak kami kongsi
dan insyallah..
belog ini mgkin satu ari nnt akan jadi ttpn buah hati kami, yang akan menjenguk dunia pd awl disember ini..
cant wait for that to happen!!hahaha..
 nnt aku wat entry laen pasal cerita ibu mengandung ini..hehe..



eheheh..




p/s: mode tengah intoxicatedly hepi tatau sebab apa..mood swing la ni..layan jela...

Sunday, May 2, 2010

tak tau nak letak tajuk apa

assalamualaikum..

citer dia camni...
ari ni mabuk-mabuk sebab moring sickness lagi macam biasa..
patu gatai jugak nak pegi jalan kat ipoh parade ngan mr hubby..
patu muntah kat food court
patu cramping kaki masa tengok movie
patu handset first yang mr hubby bagi merangkap benda first yang mr.hubby bagi lepas tunang dulu jatuh dalam toilet tingkat 2 ipoh parade..
selamat tinggal hp ku..

tu je nak cite..T__T (rasa macam nak nyanyi lagu bad day tapi macam tak kena la plak..)

p/s: saya baru kuar dari hospital, masuk hospital bukan sebab kerja kat situ tapi admitted as a patient..(sekarang saya faham bagaimana perasaan patient kat hospital..seksa gilos)


p/s/s: lupa nak bagitau..pregnancy saya dah masuk 2 bulan..my baby is okay..jantung baby berdegup dengan baik..saya adalah orang paling hepi masa tengok scan hari tu..wonder how that tiny heartbeat makes a lot of difference in me..

p/s/s/s: sory tak de gamba scan baby hari tu..da innalillah dalam toilet..


oke..memang da habis benda nak cite..

Friday, April 9, 2010

TERTEKAN PLUS + + +

assalamualaikum w.b.t..
oke..sory sebab da berkurun gila x hapdet..
lepas kawen hidup berubah 360 darjah celcius..
hehe..da tak boleh nak f.b, and blogging..
bukan sebab mr.husband tak bagi
tapi sebab limitasi internet di rumah mertuaku..hehe

okey2..
update terbaru..
aku da keje sekarang..dekat hospital ipoh..alhamdulillah..dekat dengan suami..
aku dapat keje dekat orthopedic operation theater..(dalam dewan bedah)
ada skit nada tertekn di situ sebab obviously aku masa student dulu tak dela begitu terdedah dengan suasana o.t atau peralatannya..terutama orthopedik nih..huhu
tapi ini mengingatkan aku aku pernah tulis pasal betapa aku suka o.t ni dalam entry aku dulu..okeh, sekarang aku tarik balik penyataan tuh, aku tak suka o.t..huhu
but, nak tak nak aku kena belajar suka jugak..so kena start from zero..

tapi...

baru nak masuk sebulan keje aku da dapat m.c seminggu..
kenapa?
good news is..
aku PREGNANT
bad news is..
doktor sendiri tak berani nak bagi harapan tinggi kat aku pasal baby ni sebab rahim aku agak lemah..

ada nada tertekan plus plus + + di situ.
aku memang harapkan baby ni..i really do..
sekarang aku tengah struggle to keep the baby and aku rasa dia pun tengah struggle untuk terus duduk dalam tummy ibu dia..
baby ni anugerah terindah bagi aku..
aku takut setiap kali pergi toilet, and see all the blood, trying to ensure myself that its not my baby that going out..
aku takut setiap kali perut aku cramp and pinggang aku sakit, berharap sangat bukan baby aku yang sakit masa tu..
it wasnt easy being a mummy and i feel it even now..
the baby is now 5 week old and aku harap dia akan terus membesar dalam rahim aku..
aku harap aku diberi peluang untuk jadi seorang ibu, untuk bagi sepenuh kasih sayang aku pada baby ni..

mr.husband sangat membantu, thank god..
di saat aku tengah struggle in pain..dia yang uruskan rumah, memasak, membasuh, even feed me..
alhamdulillah ya Allah..

27hb ni aku akan pergi scan lagi untuk make sure status baby dalam rahim aku ni..
kalau ada rezeki kami, masa tu, baby dah ada heartbeat..pray for me, for my baby and for my husband please..
Ya Allah..Kurniakanlah kami anak yang soleh dan solehah yang Engkau redhai..

T__T

Monday, January 18, 2010

SAYA DAH KAWEN


alhamdulillah..
tepat jam 12 20 minit tengahhari semalam, aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan Mr.Husbandku..
dinikahkan oleh bapak sendiri, perasaan tu memang susah nak digambarkan..
sebelum dinikahkan, gementar seluruh badan..
bila sah aku menjadi isterinya, menitis air mata syukur..
akhirnya, aku telah menjadi seorang isteri kepada insan bernama Norhasnizam B. Abdul Hamid..


buat suamiku, 
jadilah kekasihku yang paling setia,
jadilah sahabatku yang paling baik,

jadilah pembimbingku yang tak pernah jemu,
jadilah imam untuk solatku,
sesungguhnya telah kuserahkan hati ini, jiwa ini untukmu..
semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan selamanya..
amin..





p/s: entry geli-geli..bersesuaian dengan mood huhu~~sila muntah sekarang.. =P






Friday, January 15, 2010

TERKILAN

tengah hari tadi keluar shopping..sorang-sorang
try-try nak hilangkan rasa serabut kat kepala nih..
seksa rupanya perasaan ni..haishh..


memang agaknya orang cakap bakal pengantin ni darah manis..
banyak kali aku hampir-hampir accident tapi alhamdullillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap aku..

masa aku tengah goreng ayam untuk makan malam dalam pukul 6 macam tu la kot, dengan mood yang still gloomy..aku terdengar bunyi brek yang agak kuat..
bapak yang dekat belakang terus menjerit cakap ada accident dekat simpang nak masuk rumah aku..
bapak panggil along, suruh pegi tengok and tolong..
selamba badak je aku tinggalkan ayam dalam kuali,
capai towel sapa ntah dekat penyidai, tutup kepala, and menonong keluar rumah..
mak dah jerit-jerit suruh aku duduk rumah..tapi mana boleh, aku kan sedia membantu..hehe..


sampai dekat tempat kejadian, mulanya tak perasan lagi mangsa yang sebenar..
nampak sorang pak cik ni dengan kecederaan kat kepala..
bila pegi dekat sikit nampak sorang budak pompuan terbaring kat atas jalan raya tu..
darah berlumuran.
ramai orang tengok tapi, typical malaysian, tak de sapa yang berani tolong..
aku pegi dekat adik tu, bukak salur pernafasan, check breathing dan nadi..
nadi masih ada, tapi lemah..
darah keluar membuak dari hidung dan mulut dia..
aku agak, internal bleeding la tu..
lepas stabilkan airway dia, aku check kepatahan atau luka tempat lain..
tangan aku sendiri dah berlumuran darah panas adik tu..

bila orang tengok aku pegang adik tu, barula ramai yang mula nak datang tolong..
tapi still, tak berani nak pegang adik tu..
along datang and tolong aku angkat budak tu masuk kereta..
ada sorang pakcik ni, alhamdulillah, hatinya mulia sangat..
aku dengar dia cakap, marilah tolong..ini bukan orang lain, anak-anak kita jugak..
sambil tu dia tolong aku angkat adik tu..
memang tak boleh nak ikut cara angkat yang betul sebab semua yang ada kat situ tak tau teknik dan maybe gelabah..
aku cuba sedaya upaya untuk kekalkan airway adik tu..
baju aku dah basah dengan darah dia..


bila adik tu dah dibawa ke hospital, baru aku perasan, aku sorang je perempuan dekat situ..
pandang keliling, semua budak-budak lelaki je..
apalagi..buat muka tak tahu pape and blahla..
malu beb..pakai towel je tutup kepala..hehe..
sepanjang jalan balik tu makcik-makcik jiran aku menegur aku, suruh basuh tangan kat rumah diorang..
tangan aku memang penuh dengan darah pun..
sampai je rumah, mak membebel cakap aku ni darah tengah manis, tak baik pegi tengok benda cam gitu..watevola mak..naluri aku tetap tak boleh biarkan benda camtu terjadi..


sejam kemudian, aku terima berita, adik tu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital..
dan aku, yang memang fail emotion management, boleh pulak menangis tersedu-sedu..
yang pasti aku terkilan, terkilan sangat tak dapat nak bantu adik tu lebih lagi..


al-fatihah untuk beliau..






dup dap dup dap

nape lame aku senyap?
niat ati memang nak update tapi tak tau nak tulis ape..heheh..

lusa da nak tukar status..
dalam hati tak tau nak cakap rasa apa yang ada..
macam-macam ada kot..huhuh..
kawan-kawan ramai yang wish and tolong bagi nasihat, tenang-tenangkan hati ni..
kepala otak mula pikir yang bukan-bukan..
terfikir, hidup remaja aku berakhir kat sini..
macam tak puas je lagi pegang status solo ni..huuu..
terfikir gak, betul ke jalan yang aku pilih ni?
tapi betullah kata mak ngan bapak, setiap anak adam yang ingin mendirikan rumahtangga akan diganggu perasaannya oleh syaitan yang paling kuat.. (semoga aku dilindungi..)


tapi..
papepun, aku tak rasa aku buat pilihan yang salah..
ini hanyalah satu transisi dalam hidup yang lambat laun aku kena tempuh jugak..
aku dikelilingi isnsan-insan yang baik, yang sentiasa menyokong dan menyayangi aku,
insyaallah aku akan kuat menempuh hidup baru ini..




semoga aku mampu jadi isteri yang baik untuk suamiku,
anak yang baik untuk ibubapaku dan mertuaku,
kakak yang baik untuk adik-adikku,
dan ibu yang baik untuk anak-anakku..
dan hamba yang taat pada Penciptaku..
amin..



duhai hati..tenanglah..



Saturday, January 9, 2010

PENYERI HIDUPKU

aku sibuk je dua tiga hari ni..
dah terasa bahang majlis yang lagi 2 minggu lagi..
tensen?
of coz la beb..
tapi..
dengan ada nya mereka-mereka ini terasa hilang penat..
hehe..
 
hi...nama saya mohamad danish danial tapi angah selalu panggil saya cik mat..tapi saya laaagi suka kalau orang panggil saya mamat hensem.. =)

 

hensem tak saya?



 

jilat pipi angah~~huahahaha



 

tengah amek gambar ke? hari tu dah ambik gambar saya menangis kan..glamer i u!!

 

pose 18sx baek punye..lihatlah perutku muahahaha~~

 

close-up sket..nampak pulak choc yang angah rasuah nak suruh diam tadi..ngeee =P


p/s:- hari-hari sibuk melayan budak-budak ni tapi tak terasa penat pulak..seronok dengan budak-budak ni..rasa nak gigit-gigit je..eheh..



Tuesday, January 5, 2010

SINDROM KURANG KASIH SAYANG

aku baru je tengok movie ni --->



dia berkurun jugaklah cerita ni dalam laptop aku tapi aku terlalu busy dengan exam and kerja untuk tengok (alasan je sedangkan boleh je berfacebook tiap hari [-,-"]


aku tau ramai yang dah tengok movie ni tapi aku nak cerita jugak (suka hati aku la kan..inikan belog saya =P)
okeh..
watak utama cerita ni, esther (budak pompuan kat dalam poster tu) adalah seorang anak yatim yang dari luarannya nampak normal tapi sebenarnya..
dia ada penyakit hypopituitarism yang actually, bantutkan petumbuhan dia.. 
dia sebenarnya, seorang perempuan dewasa berusia 33 tahun yang mengalami sindrom kurang kasih sayang sampai ke tahap membunuh untuk dapat kasih sayang yang dia nak tu. (well, dalam kes ni, dia nak kasih sayang lelaki..eeww)


aku bukan nak cerita sangat pasal movie ni actually walaupun cara dia membunuh tu sangatlah sweet bagi seorang budak yang nampak cute.. (aku memang abnormal, aku tau tu)
kalo korang nak tau macam mana sweet nye cara budak ni membunuh, tengokla sendiri cerita ini ye..


oke..
aku sebenarnya nak cerita pasal SINDROM KURANG KASIH SAYANG
hmm..based on experience akulah..
orang yang kekurangan kasih sayang ni, cara dia tunjuk keperluan dia terhadap kasih sayang tu ada dua:-

1)dia akan jadi extremely independant 
- meaning dia tak tunjuk langsung yang dia perlukan orang lain dalam hidup dia. motto hidup dia, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku, this is my life, stay out of it. okey, sejujurnya, itulah motto hidup aku DULU. sekarang dah lain. (jangan tanya kenapa)

sebenarnya, aku bukannye kurang kasih sayang pun dulu..tapi aku yang pilih untuk shut myself kot..sebab? dah tak ingat (oke, macam siot je kan?)
tapi itulah, berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan-kawan aku yang mungkin kurang kasih sayang, itulah cara diorang tunjukkan yang diorang tak perlukan kasih sayang untuk hidup. memang sunyi hidup macam tu (pengalaman sendiri) tapi kadang-kadang kesunyian tu lagi baik kot, sebab tak semestinya kita happy kalo hidup riuh rendah pun, kan? 
so, kesimpulannya, kelompok ni, akan jadi anti-social,pemendam, tak ramai kawan and tak banyak cakap (sebab tulah aku kena tendang dari group ni kot..sebab aku banyak cakap? [-,-"]
tapi yang bagusnya, orang macam ni, selalunya tak kacau orang lain..sebab yelah, dia tak perlukan orang lain pun dalam hidup dia, kan? tapi beware, mereka boleh jadi sangat pendendam..


2) dia akan jadi manusia yang datang dari planet 'look at me'
  -yang ini manusia yang mengalami sindrom kurang kasih sayang + sindrom menyakitkan mata and hati orang.        sebab? orang dari kelompok ni biasanya akan cuba untuk tarik perhatian orang terhadap dirinya..tak kiralah dari segi apa sekali pun, kalau tak boleh dengan cara yang decent, maybe dengan cara yang pelik-pelik.
ini adalah manusia yang memang tak boleh hidup tanpa perhatian daripada orang. berdasarkan pengalaman dari pemerhatian aku terhadap beberapa orang kawan aku lah..selalunya, kelompok ni akan selalu cuba tarik perhatian orang dengan bercakap dengan kuat, pakai pakaian yang menonjolkan dirinya, bagi rasuah supaya ada ramai kawan (contohnya, belanja kawan-kawan makan setiap hari..of coz la ramai lintah melekat, kan?) atau melakukan perkara-perkara pelik yang boleh menonjolkan dirinya (selalunya benda ni cuma akan bagi kesan ke atas parents la)

ada juga sesetengah tu yang akan cuba untuk berlakon menjadi seseorang yang bukan dirinya yang sebenar.. just untuk puaskan hati orang kain dan jadi more likeable??

yang sedihnya, dari segi luaran, kelompok ni memang akan nampak normal, ramai kawan dan happy sedangkan dia perlu berusaha keras untuk mengekalkan semua yang ada di sisinya dan berkemungkinan, dia akan lebih rasa sunyi dan keseorangan sebab..yang disekeliling belum tentu ikhlas untuk berada di situ.

kesimpulan entry aku?
kasih sayang tu penting sebenarnya..even kita ingat kita tak perlukan kasih sayang untuk hidup (yela, sebab kita perlukan oksigen dan makanan serta air untuk hidup)
kasih sayang tu sama macam oksigen, makanan dan air untuk jiwa kita..
kasih sayang tu luas pengertiannya..
tak semestinya bila kita tak dapat kasih sayang daripada manusia, kita perlu tinggalkan kasih sayang pada Tuhan..
sesungguhnya ALLAH s.w.t tak pernah tinggalkan kita, kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani..
buktinya, udara yang kau tarik dan hembus guna hidung tu..salah satu daripadanya..oke?



p/s: kenapa aku tulis entry ni?
      hmm..entah


p/s/s: sekali lagi diingatkan semua ni hanyalah pandangan dari kepala otak ringkas aku je..tak de fakta untuk backup apa yang aku tulis sebab macam semua orang tau, aku pemalas, so pemalas memang tak suka buat research, oke? muahahaha~~


17TH IS THE DATE

17th january..
akan jadi tarikh keramat dalam hidup aku..
berubah status jadi mrs anis..
muahahaha~~ 
tertekan?
yess..mestilah..perubahan status dan perubahan cara hidup
perubahan lingkungan pergaulan..pertambahan ahli keluarga..perubahan sistem ekonomi..(no more belila apa yang aku suke and you got no say bout it) [ T__T"]


pagi tadi dah settle semua urusan borang-borang nikah..
kena interview dek kadi daerah..
and dia macam tak percaya aku ni rela berkahwin.. tanpa paksaan mana-mana pihak berwajib (hekhek.. =,=")
sebab?
dia tanya aku..
berapa lama kenal tunang
aku cakap tak lama
dia tanya kenal tak tunang
aku cakap tak berapa kenal
dia tanya aku tau tak tunang aku tu bisnesnye banyak mana
aku cakap tak tau
nampak sangat ke kepala otak aku ni ringkas? hehehe...
seriously, semuanya sebab aku percayakan keputusan makbapak aku..dan aku percaya jodoh yang ditakdirkan untuk aku..end of discussion..(-,-")
lepas tu dia kasi la nasihat rumah tangga sikit-sikit..yada~yada~
and..stump!! dia dah cop borang aku... yeppi!!


pernyataan di atas menunjukkan aku ni macam dah gatal bebeno nak kawen, kan? kan?kan?


kenyataannya, nebes gilos!! 
im getting married + im 23 + i still dunno whats out there in the real world = am i supposed to get married?


kesimpulannya, jangan fikir banyak-banyak anis..nanti jadi runaway bride pulak..huhuh~~ (@__@")