Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 21, 2009

JOM BLAJA MENGORAT!!!




AKU TUJUKAN ENTRY NI KHAS UNTUK MEMBER2 YG MASEH SOLO..
LEPAS NI JGN TANYA AKU BEBANYAK..HUHU

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

P/S:- papepon, luv is not sumthing that u do..its sumthing that u fall into..(am i enjoying being a hopeless romantic?? no!!!)

erk

baru perasan, tajuk entry aku sebelum ni, sama dengantajuk lagu background blog ni..
hehe..
thats the way i love u~~~ taylor swift



p/s:- adakah ini membuktikan yg aku mmg ada psycic power? huhu

tHe WaY He LoVeS U

aku ada sorang kawan ni..
kira bestfriend gakla..
she got a boyfriend which is very hard to understand
pagi td, dengan muka sememeh ala-ala x tdo semalaman dia bgtau aku
"aku dah clash ngan pak we aku"
"pesal lak"<-- ayat aku yang mcm x ada perasaan. bukannya apa, rasa mcm deja vu plak dgr ayat camtu pagi2 lagi..hehe..sbb..dalam sebulan, adalah dalam 2, 3 kali munah ni clash ngan pakwe dia..
being dump is not the biggest problem..but pakwe dia ni amatlah gemar menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan menjatuhkan maruah bila marah..perkataan bodoh tu kira habis lembutla..
kalo yang lain2 tu, habis kena sensored..heheh
so, inilah penyebab utama diaorg slalu clash...
kawan aku ni ada sorang member lelaki ni..yang dia kenal x de la lama mn..
dia tanya aku, " nis, ok x kalo aku clash trus ngan pakwe aku ni, n go steady ngan member aku tu??"
respon aku--> x ok!
kawan aku--> tp member aku tu baik, x penah mrh aku, slalu dgr mslh aku..slalu beralah ngan aku..ape salahnya kalo aku pilih dia instead of pakwe aku?
aku--> aku kalo jd ko aku lebih rela ngan pakwe ko berbanding member ko..
sbb bg aku pakwe ko tu jujur
dia x sorok pape dr ko, sbb tu dia blh mrh ko dgn slambernye mcm tu, dia da x malu pape lg ngan ko..
member ko tu, walaupun dia baik..
tp myb dia baik skang je.. myb lg 2 - 3 taun dia jd cam pakwe ko
and, masa tu, ko xkan blh terima member ko sbb ko knl dia yg baik, bkn yg mcm pakwe ko skang
kdg2, org syg kta mcm2 cara..
pakwe ko syg ko, n tulah cr dia

hehe..tulah tazkirah aku pg tadi sebelum pegi keje..kawan aku tanya aku mcm mn aku tau..
aku cakapla aku ada kuasa psychic..
betul..
buktinye, sblm kwn aku keje, pakwe dia dah call balik, saying that he could not live without her..hehe
terer x aku?


p/s:-sebenarnya, aku dah blh agak diorg akan ok blik, sbb thats how things went, everytime..
so much for my psycic power..huahua

Sunday, July 19, 2009

blunted of emotion??


first time masuk operation theater..
feeling?
pergh!! x dapat nak dibayangkan..pagi-pagi subuh sepi`i dah bgn..( sbnrnya sbb x iron uniform lg--heheh)
dalam van on the way nak pegi hospital pun berdebar semacam..
terpikir-pikir apa yang akan aku tengok, belajar and soalan apa yang aku nak tanya nanti..heheh..
orientation first mmg superb..
segala sister, staff nurses mmg aku tabik springla..
baik siot..sikit pun x berlagak walaupun ilmu di dada tu tinggi menggunung..sumernya bebaik belaka..

lepas makan pagi pkul 10 tue, masuk la operation room (o.r) 1..ingatkan ada major operation..aku ni eager bkn main lg..
sekali jz nak buat bronchoscopy kat sorang baby yang kiut miut ni..
x pe nis..rilek dlu..
ptg lepas rehat, hahaha..nasib aku baik, dapat tengok major op yang boleh tahan gak la..LAPAROTOMY FOR CYSTECTOMY AND KIV FOR OOPHRECTOMY..Hehe..dalam bahasa mudahnya, nak belah peerut, buang ketumbuhan kat ovari and maybe akan buang skali ngan ovari kalo teruk..(kalo ada dr or nurses yg bc, correct me if im wrong).
expression utk operation ni..null..
masa dr buat incision, aku rilek je..sambil dok terhangguk-hangguk dengar lagu Becinta dari radio yang terpasang kat situ..kekawan da duduk kat belakang..
terasa mcm jd mgsa cabul pun ada gak..mana taknya, ada yang cengkam pinggangla, terik bajula, sembam muka la..terutama masa dr koyak kulit pesakit macam tarik kain..huhu..(somehow aku rasa best plak part tu..) huhu
keluar je dari o.r , sume membe tgk aku pelik..
k.cda--> kalo aku buat mental state exam kat ko, ko rasa ko lepas x?
aku-->mestilah lepas..apsal?
ani--> ada manifestasi blunted of effect..
aku--> ha?
k.cda--> apa perasaan ko bla dr koyak perut akak tu td?
aku-->best..(sambil tersenyum bahagia)
haaa???
dipenghujung hari,
aku balik kolej dgn buah tgn manis dr k.cda, benjol di kepala..huhuh ..kejamnya..


p/s:- am i a psych? aaaaa!!!!!

Saturday, July 18, 2009

kenapa aku M.A.R.A.H

ari ni aku jalan-jalan kat pekan K.B ngan member aku..

tujuan utama:-

1. nak pos kain untuk baju raya mak n adik-adik

2. nak beli kain untuk baju raya aku

3. cri kedai yang boleh jahit baju raya aku..

so, kenapa aku marah?

1. kat pejabat pos ada orang potong que aku

2. masa kat kedai kain ada orang pijak kaki aku (sakit siot!!)

3. masa nak tanya kedai baju, ada yang marah aku (bukan ke aku ni pelanggan yang patut dilayan??)

so, benda kecik camtu pun nak marah ke, cik anis oii

sebab aku marah:-

1. none of them say sorry

2. sume orang yang terlibat tu adalah orang yg obviously lagi tua dari aku, siap ada yang pakai serban lagi..

3. sapa yang salah sebenarnye ni??

am i the one yang patut mintak maaf?

one of the thing yang aku perasan pasal orang kat sini, selama 3 taun aku ddk kat sini, diaorg paling susah nak mintak maaf..

and yang aku paling x tahan sekali, eventhough diaorg yang slah, for example, step on others foot atau langgar kita ala-ala pemain ragbi, diaorg jz akan stare at us sternly..mcmla kita yang buat salah dgn diaorg..

kadang2 aku terpikir..kalau mcm tu pun da susah sgt nak mintak maaf, apatah lagi kalo diaorang buat salah yang maha besar..

bukan kita sesama manusia ni kena saling hormat menghormati..kalau betulpun diaorg tu orang tua, salah ke nak mintak maaf atau at least senyum? sejuk sket ati eden..huhuh..kalau diaorg nak kita respek diaorg, of cozla diorang sebagai orang tua kenala tunjuk sikit contoh yang baik kat budak2 macam kita ni…(masih dalam ktegori budak-budak ke aku ni?)

sama ada aku ni super sensitive atau org-org tua itu yang super ego!!

p/s:- am i suppose to care??

Thursday, July 16, 2009

mercy killing

penah dgr pasal mercy killing?

aku da pernah dgr pasal benda alah ni..

masa tu tak silap aku masa aku form5..tapi aku x amek pot sgt sebab yela..

aku pun bdak2 lg kan ms tu..(ingus pon x abeh–> roomate aku ckp)

heheh

nak dijadikan cite, second time aku diexpose dgn mercy killing ni ms aku tgk 1 cite omputih ni..

aku pun da lupa pe tajuk dia..

yg aku ingat minah yg berlakon cite tu — reese witherspoon..

cite ni pasal sorang munah ni yang koma n akan dimatikan scr..urm..mercy killing tu la kot..

tp munah ni x nk mati sbb ada unfinished bisnez..(kononnye la..)

apa relation cite ni ngan apa yg aku nk ckp..jap g aku bagi tau..

so,

ptg td, end up for hari aku yang meaningless ni, kitaorg ada lecture pasal medico legal aspect on nursing..

dalam lawyer yg comei tu dok blablabla tu..

adala 1 bab ni kuar pasal mercy killing yg aku dok kecoh2 dr td ni..

mercy killing ni, mksudnya, menamatkan riwayat seseorg individu tu, dgn tujuan utk x nk meneruskan kesakitan, penderitaan, trauma scr emosi pd keluarga individu 2..dsb..

sekali dengar mcm amatlah berperikemanusiaankan..

tp, sila highlight pd ayat ” MENAMATKAN RIWAYAT SESEORG INDIVIDU”..

the point is.. who are we to play god??

nyawa kita ni milik ALLAH SWT, seharusnya DIAlah yang menentukan hidup mati kita, ye x?

hanya DIA yang berkuasa untuk mencbut nyawa hambaNYA..

relation ngan cite org putih yg aku tgk td tu..

simple je..

dah nm pun munah tu koma, yang bagi permission utk mematikan munah tu pun family dia..

what right did she have to say in this sdgkan dia tgh koma? mcm mn doctor or family dia tau yg dia ptt mati?

memeningkan, kan?

nasib baik la mercy killing ni x dibenarkan kat negara kita.. kalo x..

x taula aku..

and still, benda ni masih lg jd debate kat sesetgh ngra..

yg confirmnye, Netherland dah pun lama luluskan benda ni..

tapikan, sejujurnya, patut ke nyawa seseorg diambil mudah? hanya utk jimat kos rwtn, kos family kna byr, and all the emotional trauma (errr..) ptt ke seseorg yg da jd vege n x tau pape ditamatkan riwayatnye?

what is ur stand for this?

* p/s:- definisi mercy killing tu aku tulis ikut pemahaman aku psl lecture td je..sbb sjk azalinye aku mmg maleh nyalin nota!! huhuh..(banggakah aku??)