Friday, January 15, 2010

TERKILAN

tengah hari tadi keluar shopping..sorang-sorang
try-try nak hilangkan rasa serabut kat kepala nih..
seksa rupanya perasaan ni..haishh..


memang agaknya orang cakap bakal pengantin ni darah manis..
banyak kali aku hampir-hampir accident tapi alhamdullillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap aku..

masa aku tengah goreng ayam untuk makan malam dalam pukul 6 macam tu la kot, dengan mood yang still gloomy..aku terdengar bunyi brek yang agak kuat..
bapak yang dekat belakang terus menjerit cakap ada accident dekat simpang nak masuk rumah aku..
bapak panggil along, suruh pegi tengok and tolong..
selamba badak je aku tinggalkan ayam dalam kuali,
capai towel sapa ntah dekat penyidai, tutup kepala, and menonong keluar rumah..
mak dah jerit-jerit suruh aku duduk rumah..tapi mana boleh, aku kan sedia membantu..hehe..


sampai dekat tempat kejadian, mulanya tak perasan lagi mangsa yang sebenar..
nampak sorang pak cik ni dengan kecederaan kat kepala..
bila pegi dekat sikit nampak sorang budak pompuan terbaring kat atas jalan raya tu..
darah berlumuran.
ramai orang tengok tapi, typical malaysian, tak de sapa yang berani tolong..
aku pegi dekat adik tu, bukak salur pernafasan, check breathing dan nadi..
nadi masih ada, tapi lemah..
darah keluar membuak dari hidung dan mulut dia..
aku agak, internal bleeding la tu..
lepas stabilkan airway dia, aku check kepatahan atau luka tempat lain..
tangan aku sendiri dah berlumuran darah panas adik tu..

bila orang tengok aku pegang adik tu, barula ramai yang mula nak datang tolong..
tapi still, tak berani nak pegang adik tu..
along datang and tolong aku angkat budak tu masuk kereta..
ada sorang pakcik ni, alhamdulillah, hatinya mulia sangat..
aku dengar dia cakap, marilah tolong..ini bukan orang lain, anak-anak kita jugak..
sambil tu dia tolong aku angkat adik tu..
memang tak boleh nak ikut cara angkat yang betul sebab semua yang ada kat situ tak tau teknik dan maybe gelabah..
aku cuba sedaya upaya untuk kekalkan airway adik tu..
baju aku dah basah dengan darah dia..


bila adik tu dah dibawa ke hospital, baru aku perasan, aku sorang je perempuan dekat situ..
pandang keliling, semua budak-budak lelaki je..
apalagi..buat muka tak tahu pape and blahla..
malu beb..pakai towel je tutup kepala..hehe..
sepanjang jalan balik tu makcik-makcik jiran aku menegur aku, suruh basuh tangan kat rumah diorang..
tangan aku memang penuh dengan darah pun..
sampai je rumah, mak membebel cakap aku ni darah tengah manis, tak baik pegi tengok benda cam gitu..watevola mak..naluri aku tetap tak boleh biarkan benda camtu terjadi..


sejam kemudian, aku terima berita, adik tu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital..
dan aku, yang memang fail emotion management, boleh pulak menangis tersedu-sedu..
yang pasti aku terkilan, terkilan sangat tak dapat nak bantu adik tu lebih lagi..


al-fatihah untuk beliau..






1 comment:

  1. al-fatihah..
    semoga roh nya berada dikalangan org2 yang beriman
    mulia sungguh hati cik tuna kita..
    semoga cik tuna bahgia selalu hendaknya..
    amin :)

    ReplyDelete