Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 14, 2011

.::TIMBUL BALIK::.

Assalamualaikum..
oke..aku tau
aku ni asyik menabur janji manis je kata nak hapdet la, nak ceritala..propa je tu semua kan?
sorry, ampun, maaf..
aku terlalu sibuk menata balik kehidupan
aku terlalu tenggelam dalam kesedihan sampai banyak perkara yang menyeronokkan dalam hidup ni aku lupakan..
last entry aku, pasal aku peknen, kan?
alhamdulillah..
aku dah pun selamat melahirkan baby pompuan 25hb november lepas..
anak pengikat kasih aku n hubby..

tapi, disebalik kegembiraan tu, banyak cerita sedih sepanjang kehilangan aku..
tak apalah..tak perlu lagi kot nak ungkit benda-benda yang dah pun lepas..
yang penting sekarang, aku sudah kembali sihat dan bahagia.. itu yang penting.. =)
yess..aku SAKIT..sepanjang kehamilan, aku SAKIT..
sakit yang buat aku hampir tak kenal diri sendiri,
yang buat aku dan inche suami kehilangan diri masing-masing..
aku tak tahu apa yang aku dah lakukan untuk menerima semua tu tapi biarlah..mungkin sudah ketentuan ALLAH..aku redha sebab aku percaya, ada hikmah disebalik setiap kejadian dalam hidup nih..

dan..selepas melahirkan, aku sibuk adjust balik kehidupan yang dah pun bergelar ibu..
yang sedihnya, inche suami tak dapat menemani,
rezeki budak kenit ni kot, hubby dapat tawaran masuk latihan polis, after bertahun2 dia apply tapi tak pernah dapat..
mula2 tu kami berbelah bahagi jugak perasaan, samaada nak let go hubby pergi atau tak..
tapi kemudian, kami redha..sebesar-besar ujian kami telah tempuh, biarlah ujian kecil ni jadi penguat kasih sayang kami..=)
so, genap setahun aku nikah, hari yang sama jugak hubby pergi meninggalkan aku..and sekarang, dah nak msuk 5 bulan dia pergi..
and itulah jugak sebabnya aku macam kehilangan nywa sekejap..
macam dah tak ada keseronokan dalam hidup..macam hilang sebahagian dari diri..

kemudian, berpisah sekejap dengan anakanda..dekat dua bulan jugakla..
sebab dah start kerja and ketiadaan babysitter..
lagipun mak macam tak harapkan aku je sorang-sorang nak jaga baby..
watevola..
atlast, lepas separuh mati menanggung kesepian dan kerinduan terhadap dua belahan jiwa aku tu, aku dapat bawak baby hani balik ipoh
tinggallah kami dua beranak di ipoh ni..hehe
memang mencabar..
juggle antara kerja, anak and other hassle..
terasa sangat beratnya..

TAPI..

bila melihat senyum and gelak tawa puteri kesayangan, 
semuanya terasa macam kacang rebus je..

DAN,

bila teringat pesanan suami :
"kekuatan seorang suami itu terletak pada isterinya, jadi ayg kena kuat, abang perlukan kekuatan ayg untuk bertahan di sini"

i just have to hold back my tears and swallow the pain...

p/s: entry permulaan yang 100% serius..nak gelak pon ada bc nih..betul ke aku da hilang semua sense of humor aku?

No comments:

Post a Comment