Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 5, 2010

SINDROM KURANG KASIH SAYANG

aku baru je tengok movie ni --->



dia berkurun jugaklah cerita ni dalam laptop aku tapi aku terlalu busy dengan exam and kerja untuk tengok (alasan je sedangkan boleh je berfacebook tiap hari [-,-"]


aku tau ramai yang dah tengok movie ni tapi aku nak cerita jugak (suka hati aku la kan..inikan belog saya =P)
okeh..
watak utama cerita ni, esther (budak pompuan kat dalam poster tu) adalah seorang anak yatim yang dari luarannya nampak normal tapi sebenarnya..
dia ada penyakit hypopituitarism yang actually, bantutkan petumbuhan dia.. 
dia sebenarnya, seorang perempuan dewasa berusia 33 tahun yang mengalami sindrom kurang kasih sayang sampai ke tahap membunuh untuk dapat kasih sayang yang dia nak tu. (well, dalam kes ni, dia nak kasih sayang lelaki..eeww)


aku bukan nak cerita sangat pasal movie ni actually walaupun cara dia membunuh tu sangatlah sweet bagi seorang budak yang nampak cute.. (aku memang abnormal, aku tau tu)
kalo korang nak tau macam mana sweet nye cara budak ni membunuh, tengokla sendiri cerita ini ye..


oke..
aku sebenarnya nak cerita pasal SINDROM KURANG KASIH SAYANG
hmm..based on experience akulah..
orang yang kekurangan kasih sayang ni, cara dia tunjuk keperluan dia terhadap kasih sayang tu ada dua:-

1)dia akan jadi extremely independant 
- meaning dia tak tunjuk langsung yang dia perlukan orang lain dalam hidup dia. motto hidup dia, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku, this is my life, stay out of it. okey, sejujurnya, itulah motto hidup aku DULU. sekarang dah lain. (jangan tanya kenapa)

sebenarnya, aku bukannye kurang kasih sayang pun dulu..tapi aku yang pilih untuk shut myself kot..sebab? dah tak ingat (oke, macam siot je kan?)
tapi itulah, berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan-kawan aku yang mungkin kurang kasih sayang, itulah cara diorang tunjukkan yang diorang tak perlukan kasih sayang untuk hidup. memang sunyi hidup macam tu (pengalaman sendiri) tapi kadang-kadang kesunyian tu lagi baik kot, sebab tak semestinya kita happy kalo hidup riuh rendah pun, kan? 
so, kesimpulannya, kelompok ni, akan jadi anti-social,pemendam, tak ramai kawan and tak banyak cakap (sebab tulah aku kena tendang dari group ni kot..sebab aku banyak cakap? [-,-"]
tapi yang bagusnya, orang macam ni, selalunya tak kacau orang lain..sebab yelah, dia tak perlukan orang lain pun dalam hidup dia, kan? tapi beware, mereka boleh jadi sangat pendendam..


2) dia akan jadi manusia yang datang dari planet 'look at me'
  -yang ini manusia yang mengalami sindrom kurang kasih sayang + sindrom menyakitkan mata and hati orang.        sebab? orang dari kelompok ni biasanya akan cuba untuk tarik perhatian orang terhadap dirinya..tak kiralah dari segi apa sekali pun, kalau tak boleh dengan cara yang decent, maybe dengan cara yang pelik-pelik.
ini adalah manusia yang memang tak boleh hidup tanpa perhatian daripada orang. berdasarkan pengalaman dari pemerhatian aku terhadap beberapa orang kawan aku lah..selalunya, kelompok ni akan selalu cuba tarik perhatian orang dengan bercakap dengan kuat, pakai pakaian yang menonjolkan dirinya, bagi rasuah supaya ada ramai kawan (contohnya, belanja kawan-kawan makan setiap hari..of coz la ramai lintah melekat, kan?) atau melakukan perkara-perkara pelik yang boleh menonjolkan dirinya (selalunya benda ni cuma akan bagi kesan ke atas parents la)

ada juga sesetengah tu yang akan cuba untuk berlakon menjadi seseorang yang bukan dirinya yang sebenar.. just untuk puaskan hati orang kain dan jadi more likeable??

yang sedihnya, dari segi luaran, kelompok ni memang akan nampak normal, ramai kawan dan happy sedangkan dia perlu berusaha keras untuk mengekalkan semua yang ada di sisinya dan berkemungkinan, dia akan lebih rasa sunyi dan keseorangan sebab..yang disekeliling belum tentu ikhlas untuk berada di situ.

kesimpulan entry aku?
kasih sayang tu penting sebenarnya..even kita ingat kita tak perlukan kasih sayang untuk hidup (yela, sebab kita perlukan oksigen dan makanan serta air untuk hidup)
kasih sayang tu sama macam oksigen, makanan dan air untuk jiwa kita..
kasih sayang tu luas pengertiannya..
tak semestinya bila kita tak dapat kasih sayang daripada manusia, kita perlu tinggalkan kasih sayang pada Tuhan..
sesungguhnya ALLAH s.w.t tak pernah tinggalkan kita, kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani..
buktinya, udara yang kau tarik dan hembus guna hidung tu..salah satu daripadanya..oke?



p/s: kenapa aku tulis entry ni?
      hmm..entah


p/s/s: sekali lagi diingatkan semua ni hanyalah pandangan dari kepala otak ringkas aku je..tak de fakta untuk backup apa yang aku tulis sebab macam semua orang tau, aku pemalas, so pemalas memang tak suka buat research, oke? muahahaha~~


No comments:

Post a Comment