Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label women. Show all posts
Showing posts with label women. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

CUTI TAPI TAK BOLEH GOYANG KAKI

6.00 am - bgn pg, mnd..solat subuh & basuh baju (mesin basuh rosak so kna basuh tangan)
7.00 am - buat sarapan
8.00 am --> 9.00 am - kemas rumah
9.00 am - antar adik tuisyen
11.00 am - amek adik tuisyen
11.30 am - msk tghari

1.00 pm - rehat, solat
petang -- layan budak2 yg mak aku mengasuh..and tdokan diorang and sambil2 tu surf tenet

5.00 pm - buat minum petang
6.00 pm - mandikan budak2 shengal tu, solat
8.00 pm - lipat kain and tgk tv
9.00 pm - layan citer korea sambil surf tenet sambil gayutzz

10.00 pm - layan citer korea lagik..and smsing

11.00 pm sampai pagi - layan tenet plak..nak bermuka buku la..blog hopping la..ym la..etc..etc..


kesimpulan.. aku cuti tapi kenapa eye bag makin gelap? huhuh..kenapa?


p/s: gaya macam la bizi sangat sedangkan sempat je tdo tghari..wa ka ka ka..

Tuesday, October 27, 2009

0_o evolusi seorang anis??





maka arakian tersebutlah kisah~~ahhhh~~ahhh~~


 jam menunjukkan pukul 12.30 am
(cute kan jam i..)


cuba teka benda apa ni?


sugar crackers Hup Seng..peneman waktu study..=) thumbs up la!!
erm..plus milo 1 mug or pepsi..(sungguh x sihat gaya hidupku)


ni nota yang kena baca..ada lagi satu yg tebal dia lebih kurang ni jgk..  -__-" sy mmg kesian..


ini adalah mr.starfish yg da lunyai kena lanyak.. =P
(tanda2 kuat membute??)

motif entry ni?
study + mkn + tgh mlm buta + tdo membuta - senaman = ????

inikah jawapannya?

evolusi seorang anis..


sebelum join nursing..


lepas setaun setengah join nursing..


lepas 2 taun stengah..


lepas 3 taun..

so,sapa cakap mkn tengah malam pastu tdo gemuk?
aku makin krus je..haha~~
tu sebab tensen la mengong!!

p/s: korang perasan x aku nampak tua gila pakai line staff nurse? haha~~
p/s/s: entry ni hanyalah entry buang masa sbb da mls sgt nak baca buku..mayb pas ni aku patut wat galeri gamba dari baby plak? haha..in ur dream bebeh, coz i x de gamba ms baby..huhuhu~~

Tuesday, September 8, 2009

men from mars, women from venus?


BEZA ANTARA LELAKI DAN WANITA (SELAIN DR SEGI FISIOLOGI..)


Apabila mengamati sesuatu benda, lelaki dan wanita berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara.

Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, sura-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek,ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana... ..

Wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. (hee hee )

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.
Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli-belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain di pegang, di perhati dan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus maeuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi.

p/s:-entry ni aku copy paste je..hahahah!! malasnyer aku nih!

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1330.0;wap2