Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

ERRR~~

assalamualaikum..

keadaan rumah aku sekarang ni seriously bersepahtungganglanggangcomotsememehntahapa-apamacamtongkangpecahtakdetempatnakecahkatumahakujugakdianaksepahpecahbagai

agaknya kalo mak datang buat spotcheck mau aku kena tazkirah setahun tak abis..
patu cerita rumah aku bersepah jadi cerita legasi mau tiga empat tahun..

abis..dah tau umah bersepah pegilah kemas, yang sibuk berblog bagai ni pehal ko?

:malas:
:penat:

boleh tak nak beli hanger and sangkut je semua baju dalam almari sebab malas sangat nak lipat?
boleh tak sapu je umah tak payah mop selagi tak melekit kaki pijak?

rasa-rasa nilah akibat tak cukup tido + kerja 8 hari straight + off day baru nak buat semua + off day sehari je
lagi-lagi hannani sekarang bukan main banyak songehnya..
asal ibu dia pegang penyapu, pegang kain nak lipat, pegang senduk nak masak, dia mula la melalak..
bila ibu dia melepap tak buat apa-apa elok je dia main sorang-sorang..
haishh~~

banyak betoi alasan ko anis~~
dah tak de maknanye penat-penat tuh..orang laen pon kerja jugak...
sebenarnya ko malas, kan?
abis cerita

ok bye, nak amek penyapu sapu umah SEKARANG

TAHAN JELA~~

assalamualaikum..
saya amek test jpj ari ni.
kisah geli hari ni ;


tester : da biasa bawak kereta ke ni?
saya : tak..bawak masa training je la
tester : ni bawak laju macam nak cepat abis je..takut ke?
saya : tipulah kalau tak takut encik.. 


-berhenti kat trafik light-

tester : tak payah takut..abang tak makan orang..rilek je..
saya : ...........(dalam ati- erk...abang????) jeling-jeling tengok tester kat sebelah x de rupa abang pon..
tester : karang makan tengah hari kat mana?
saya : err..puasa encik..
-traffic light tak hijau-hijau-
tester : ye ke?
saya : ye..puasa ganti tak abis lagi..(jeling lagi..tahan muka stern..tahan muntah..tahan geli geleman)
tester : hmm..bukak puasa? 
saya : err.. ...........lampu isyarat ni tak hijau pun cik..yang tu dah 3 kali hijau..saya jalan ye, lampu rosak ni..
tester : ye..ye..jalan..jalan..




senyap                                   
-
-
sunyi
-
-
ngeng~ngeng~
-
-
krit~krit~
-
-
bunyi nyamuk~
-
-
sampai balik pusat memandu...
tarik nafas panjang..toleh, senyum kat tester tu..dia senyum balik..

tester : so macam mana?
saya : macam mana apa?
tester : bukak puasa dengan saya? meh no tepon awak, nanti petang saya jemput..
saya : boleh bawak suami sekali ke?
tester : .............................................kelip-kelip....................................
saya : terima kasih cik..

keluar, tengok kertas ujian..lulus..19/20..
hahah~~
rahsia kejayaan = tahan je kalo tester menggatal..berlagak muda-mudi walaupun dah beranak satu...kikiki

Friday, May 27, 2011

RATU AYAQ MATA

assalamualaikum..
ya
aku sekarang dah dinobat jadi ratu ayaq mata..
ya
aku sekarang cengeng..
ya
aku sekarang sikit-sikit touching..\
ya
aku sekarang emo..

aku dah tak kuat macam dulu
aku bukan lagi stonecold..
bukan lagi lone ranger..
bukan lagi hati kering..

at last, aku akur pada kata-kata no women no cry..
chait~~tak seswai oke!!!

Monday, May 23, 2011

INSOMNIA

assalamualaikum..
aku diserang insomnia..
tak tahu kenapa aku susah sangat nak lelapkan mata sekarang ni..
memanglah kadang-kadang kesedihan ditinggalkan tu menyerang jugak bila dah baring dalam gelap tuh..
bila dah tutup lampu, baring and keadaan dah sunyi, yang aku dengar cuma bunyi nafas hannani..
lepas tuh segalanya terasa menghimpit..
betullah orang cakap, kesunyian tu boleh membunuh..


masa terkelip-kelip dalam gelap tu..macam terdengar-dengar suara dia bercerita itu ini..
waktu menanti mata terpejam tulah terasa betul dia tiada di sisi..
sebab hanya waktu itu aku berada dalam dunia aku..
sendiri..
waktu-waktu selebihnya aku dah biasakan diri sibuk dengan macam-macam benda..
sibuk dengan anak, kerja, facebook, tv, kemas rumah, membasuh..i even do things twice just to make sure im occupied for the rest of my day..
bila sampai aja waktu tidur, aku blank, kosong, dan mulalah nak terasa sunyi..mulalah nak melalak..
dah nak masuk 5 bulan dah anis..bawak-bawak lah bertenang..


dan bila ketenangan yang dicari tu tak juga aku jumpa,
hanya pada DIA aku mampu mengadu..
pasrah..redha..kerana itulah fitrah aku sebagai isteri dan hambaNya..


teringat lagu kopratasa :


kerana kau isteri,
kuingin kau mengerti bahawa hidup ini..
tak semudah yang kita impikan,
yang kita impikan kerana kau isteriku..


memang, hidup ni bukannya berjalan atas path of roses..
more likely macam walking on a path of roses and thorns tu, adalah..
tak semua yang kita impikan tu akan mampu kita miliki..


ramai orang ingat kawin tu, macam happy ending sebuah cerita cinta..
actually, kawin tu adalah beginning of a journey..
journey seumur hidup pulak tu..
its a journey of knowing someone, bear with him, and love him as a friend and a lover..
bila dah kawin bagi aku, its not all about you and your partner anymore..
its about 2 family and everything that comes with it..
bila dah kawin bagi aku, kita perlu bersedia..
ready to make changes in our life,
and ready to sacrifies..


ini mungkin pengorbanan kecil kami dalam hidup kami sekarang..
tak siapa tahu apa lagi yang akan perlu kami korbankan lagi demi keluarga kami ni..


setakat sekarang ni, aku cuma mampu berdoa, bersabar dan terus menanti sebab aku tau, setiap penantian pasti ada pengakhirannya..and its coming soon..huhuhu..anxious dah ni..dah siap tanda kalendar lagi..kikiki..


dan..


sekarang ini yang amat-amat aku perlu adalah tidur yang cukup..
gilos dah dekat seminggu tidur tunggang langgang ni..
cik insomnia..go away lah!!


 p/s : sabar-sabar jelah ntah apa-apa aku bebel..=__='' memang entry tanpa motif la nih..

HANNANI

anak dara saya namanya hannani..
sekarang da nak masuk 6 bulan dah pun..
dah pandai tergolek-golek sendiri..
lesen meniarap dah pass with flying colours tapi lesen terlentang balik lepas meniarap fail miserably..haha
selalu meniarap pastu bila dah penat, menjerit-jerit marah..
pastu menangis mintak tolong orang terbalikkan dia balik..so sweet anak ibu ini..
faveret words sekarang adalah "abuuu~~"
which i assume to be she calling me..haha..oke, saya perasan
masa menangis suka sebut "abuwat~~"
hannani loves to play peek a boo..
love to be hug and kissed..
such a manja-manja babyla..
and, suka sangat menangis sekarang ni.. T__T



saya sayang baby saya~~ kekeke

Wednesday, May 18, 2011

MENGIDAM

assalamualaikum..
aku pernah janji untuk cerita pengalaman mengandung and bersalin kan?
frankly, penglaman mengandung tu is a complete blur..
sampai usia kandungan dah 7 bulan, barulah aku tersedar..
tapi yg best masa mengandung ni aku rasalah kan..sume ibu-ibu mengandung pun rasa benda ni kot..
masa hubby penuhi segala permintaan..a.k.a segala benda yang korang mengidam and buat semua benda yang korang malas nak buat..oke?

haa


baru ingat..

pernah mengidam nak makan sambal telur yang mak buat masa mengandung 3 bulan..

memang lawak gilos masa tu..

pukul 3 pagi, tengah tidur, mimpi makan sambal telur mak, terus bangun, kejut hubby, nangis-nangis nak makan sambal telur..
gilos-gilos..
bukan nanges sikit-sikit pulak tu.. dah tahap menangis tersedu sedan..hikhikhik..
and please take your note ek..saya nak sambal telur yang mak saya buat..
MAK saya buat
MAK saya masa tu kat kedah..
aku kt ipoh..
memang mission impossibble la kan pagi-pagi gelap gelitos tu nak suruh mak buat sambal telur and balik kedah time tu jugak untuk makan sambal telur tu, and balik ipoh semula untuk kerja pada pukul 7 pagi..
pergh..gila pengurusan masa yang mantop..
so, dipendekkan cerita,
lepas hubby pujuk pun aku buat dek aja,
bangunlah sang suami, pegi dapur, blender cili, and masak sambal telur pada pagi-pagi buta..
sambil tu dia tanya aku macam mana mak buat sambl telur tu..haha..gilo aku pemalas tanak masak sendiri..
naseb ada nasi lebih makan malam sebelumm tu..

dah siap masak, dia pun bawak la datang kat aku..

aku tengok sambal telur tu...ada rupa macam yang mak punya..


cedok letak atas nasik..
tengok lagi..
amek sesudu..
masuk mulut..
kunyah-kunyah..
telan..
tengok muka hubby..
"tak macam mak buat"
letak pinggan,
naik atas katil, tarik comforter, tido..

boley??
kuang hajo tak??
dah la tak berterima kasih langsung..penatla orang tu masak..aku makan sesudu je..hehe..

tapi itulah last aku menangis sebab mengidam sebab lepas bangun tido pagi esoknya aku rasa teruk sangat-sngat..mintak maaf kat hubby and janji takkan buat perangai kalau mengidam lagi..
self control itu penting, oke?

lepas tu, aku mengidam bihun sup 2 hinggit yang kuar jalan-jalan cari makan tu..and mengidam daging kijang..

daging kijang dapat..
bihun sup tak dapt sebab bila lalu je mesti kedai tu tutup..chaiss..

sekian,


Saturday, May 14, 2011

.::TIMBUL BALIK::.

Assalamualaikum..
oke..aku tau
aku ni asyik menabur janji manis je kata nak hapdet la, nak ceritala..propa je tu semua kan?
sorry, ampun, maaf..
aku terlalu sibuk menata balik kehidupan
aku terlalu tenggelam dalam kesedihan sampai banyak perkara yang menyeronokkan dalam hidup ni aku lupakan..
last entry aku, pasal aku peknen, kan?
alhamdulillah..
aku dah pun selamat melahirkan baby pompuan 25hb november lepas..
anak pengikat kasih aku n hubby..

tapi, disebalik kegembiraan tu, banyak cerita sedih sepanjang kehilangan aku..
tak apalah..tak perlu lagi kot nak ungkit benda-benda yang dah pun lepas..
yang penting sekarang, aku sudah kembali sihat dan bahagia.. itu yang penting.. =)
yess..aku SAKIT..sepanjang kehamilan, aku SAKIT..
sakit yang buat aku hampir tak kenal diri sendiri,
yang buat aku dan inche suami kehilangan diri masing-masing..
aku tak tahu apa yang aku dah lakukan untuk menerima semua tu tapi biarlah..mungkin sudah ketentuan ALLAH..aku redha sebab aku percaya, ada hikmah disebalik setiap kejadian dalam hidup nih..

dan..selepas melahirkan, aku sibuk adjust balik kehidupan yang dah pun bergelar ibu..
yang sedihnya, inche suami tak dapat menemani,
rezeki budak kenit ni kot, hubby dapat tawaran masuk latihan polis, after bertahun2 dia apply tapi tak pernah dapat..
mula2 tu kami berbelah bahagi jugak perasaan, samaada nak let go hubby pergi atau tak..
tapi kemudian, kami redha..sebesar-besar ujian kami telah tempuh, biarlah ujian kecil ni jadi penguat kasih sayang kami..=)
so, genap setahun aku nikah, hari yang sama jugak hubby pergi meninggalkan aku..and sekarang, dah nak msuk 5 bulan dia pergi..
and itulah jugak sebabnya aku macam kehilangan nywa sekejap..
macam dah tak ada keseronokan dalam hidup..macam hilang sebahagian dari diri..

kemudian, berpisah sekejap dengan anakanda..dekat dua bulan jugakla..
sebab dah start kerja and ketiadaan babysitter..
lagipun mak macam tak harapkan aku je sorang-sorang nak jaga baby..
watevola..
atlast, lepas separuh mati menanggung kesepian dan kerinduan terhadap dua belahan jiwa aku tu, aku dapat bawak baby hani balik ipoh
tinggallah kami dua beranak di ipoh ni..hehe
memang mencabar..
juggle antara kerja, anak and other hassle..
terasa sangat beratnya..

TAPI..

bila melihat senyum and gelak tawa puteri kesayangan, 
semuanya terasa macam kacang rebus je..

DAN,

bila teringat pesanan suami :
"kekuatan seorang suami itu terletak pada isterinya, jadi ayg kena kuat, abang perlukan kekuatan ayg untuk bertahan di sini"

i just have to hold back my tears and swallow the pain...

p/s: entry permulaan yang 100% serius..nak gelak pon ada bc nih..betul ke aku da hilang semua sense of humor aku?