Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 18, 2010

SAYA DAH KAWEN


alhamdulillah..
tepat jam 12 20 minit tengahhari semalam, aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan Mr.Husbandku..
dinikahkan oleh bapak sendiri, perasaan tu memang susah nak digambarkan..
sebelum dinikahkan, gementar seluruh badan..
bila sah aku menjadi isterinya, menitis air mata syukur..
akhirnya, aku telah menjadi seorang isteri kepada insan bernama Norhasnizam B. Abdul Hamid..


buat suamiku, 
jadilah kekasihku yang paling setia,
jadilah sahabatku yang paling baik,

jadilah pembimbingku yang tak pernah jemu,
jadilah imam untuk solatku,
sesungguhnya telah kuserahkan hati ini, jiwa ini untukmu..
semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan selamanya..
amin..





p/s: entry geli-geli..bersesuaian dengan mood huhu~~sila muntah sekarang.. =P






Friday, January 15, 2010

TERKILAN

tengah hari tadi keluar shopping..sorang-sorang
try-try nak hilangkan rasa serabut kat kepala nih..
seksa rupanya perasaan ni..haishh..


memang agaknya orang cakap bakal pengantin ni darah manis..
banyak kali aku hampir-hampir accident tapi alhamdullillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap aku..

masa aku tengah goreng ayam untuk makan malam dalam pukul 6 macam tu la kot, dengan mood yang still gloomy..aku terdengar bunyi brek yang agak kuat..
bapak yang dekat belakang terus menjerit cakap ada accident dekat simpang nak masuk rumah aku..
bapak panggil along, suruh pegi tengok and tolong..
selamba badak je aku tinggalkan ayam dalam kuali,
capai towel sapa ntah dekat penyidai, tutup kepala, and menonong keluar rumah..
mak dah jerit-jerit suruh aku duduk rumah..tapi mana boleh, aku kan sedia membantu..hehe..


sampai dekat tempat kejadian, mulanya tak perasan lagi mangsa yang sebenar..
nampak sorang pak cik ni dengan kecederaan kat kepala..
bila pegi dekat sikit nampak sorang budak pompuan terbaring kat atas jalan raya tu..
darah berlumuran.
ramai orang tengok tapi, typical malaysian, tak de sapa yang berani tolong..
aku pegi dekat adik tu, bukak salur pernafasan, check breathing dan nadi..
nadi masih ada, tapi lemah..
darah keluar membuak dari hidung dan mulut dia..
aku agak, internal bleeding la tu..
lepas stabilkan airway dia, aku check kepatahan atau luka tempat lain..
tangan aku sendiri dah berlumuran darah panas adik tu..

bila orang tengok aku pegang adik tu, barula ramai yang mula nak datang tolong..
tapi still, tak berani nak pegang adik tu..
along datang and tolong aku angkat budak tu masuk kereta..
ada sorang pakcik ni, alhamdulillah, hatinya mulia sangat..
aku dengar dia cakap, marilah tolong..ini bukan orang lain, anak-anak kita jugak..
sambil tu dia tolong aku angkat adik tu..
memang tak boleh nak ikut cara angkat yang betul sebab semua yang ada kat situ tak tau teknik dan maybe gelabah..
aku cuba sedaya upaya untuk kekalkan airway adik tu..
baju aku dah basah dengan darah dia..


bila adik tu dah dibawa ke hospital, baru aku perasan, aku sorang je perempuan dekat situ..
pandang keliling, semua budak-budak lelaki je..
apalagi..buat muka tak tahu pape and blahla..
malu beb..pakai towel je tutup kepala..hehe..
sepanjang jalan balik tu makcik-makcik jiran aku menegur aku, suruh basuh tangan kat rumah diorang..
tangan aku memang penuh dengan darah pun..
sampai je rumah, mak membebel cakap aku ni darah tengah manis, tak baik pegi tengok benda cam gitu..watevola mak..naluri aku tetap tak boleh biarkan benda camtu terjadi..


sejam kemudian, aku terima berita, adik tu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital..
dan aku, yang memang fail emotion management, boleh pulak menangis tersedu-sedu..
yang pasti aku terkilan, terkilan sangat tak dapat nak bantu adik tu lebih lagi..


al-fatihah untuk beliau..






dup dap dup dap

nape lame aku senyap?
niat ati memang nak update tapi tak tau nak tulis ape..heheh..

lusa da nak tukar status..
dalam hati tak tau nak cakap rasa apa yang ada..
macam-macam ada kot..huhuh..
kawan-kawan ramai yang wish and tolong bagi nasihat, tenang-tenangkan hati ni..
kepala otak mula pikir yang bukan-bukan..
terfikir, hidup remaja aku berakhir kat sini..
macam tak puas je lagi pegang status solo ni..huuu..
terfikir gak, betul ke jalan yang aku pilih ni?
tapi betullah kata mak ngan bapak, setiap anak adam yang ingin mendirikan rumahtangga akan diganggu perasaannya oleh syaitan yang paling kuat.. (semoga aku dilindungi..)


tapi..
papepun, aku tak rasa aku buat pilihan yang salah..
ini hanyalah satu transisi dalam hidup yang lambat laun aku kena tempuh jugak..
aku dikelilingi isnsan-insan yang baik, yang sentiasa menyokong dan menyayangi aku,
insyaallah aku akan kuat menempuh hidup baru ini..




semoga aku mampu jadi isteri yang baik untuk suamiku,
anak yang baik untuk ibubapaku dan mertuaku,
kakak yang baik untuk adik-adikku,
dan ibu yang baik untuk anak-anakku..
dan hamba yang taat pada Penciptaku..
amin..



duhai hati..tenanglah..



Saturday, January 9, 2010

PENYERI HIDUPKU

aku sibuk je dua tiga hari ni..
dah terasa bahang majlis yang lagi 2 minggu lagi..
tensen?
of coz la beb..
tapi..
dengan ada nya mereka-mereka ini terasa hilang penat..
hehe..
 
hi...nama saya mohamad danish danial tapi angah selalu panggil saya cik mat..tapi saya laaagi suka kalau orang panggil saya mamat hensem.. =)

 

hensem tak saya?



 

jilat pipi angah~~huahahaha



 

tengah amek gambar ke? hari tu dah ambik gambar saya menangis kan..glamer i u!!

 

pose 18sx baek punye..lihatlah perutku muahahaha~~

 

close-up sket..nampak pulak choc yang angah rasuah nak suruh diam tadi..ngeee =P


p/s:- hari-hari sibuk melayan budak-budak ni tapi tak terasa penat pulak..seronok dengan budak-budak ni..rasa nak gigit-gigit je..eheh..



Tuesday, January 5, 2010

SINDROM KURANG KASIH SAYANG

aku baru je tengok movie ni --->



dia berkurun jugaklah cerita ni dalam laptop aku tapi aku terlalu busy dengan exam and kerja untuk tengok (alasan je sedangkan boleh je berfacebook tiap hari [-,-"]


aku tau ramai yang dah tengok movie ni tapi aku nak cerita jugak (suka hati aku la kan..inikan belog saya =P)
okeh..
watak utama cerita ni, esther (budak pompuan kat dalam poster tu) adalah seorang anak yatim yang dari luarannya nampak normal tapi sebenarnya..
dia ada penyakit hypopituitarism yang actually, bantutkan petumbuhan dia.. 
dia sebenarnya, seorang perempuan dewasa berusia 33 tahun yang mengalami sindrom kurang kasih sayang sampai ke tahap membunuh untuk dapat kasih sayang yang dia nak tu. (well, dalam kes ni, dia nak kasih sayang lelaki..eeww)


aku bukan nak cerita sangat pasal movie ni actually walaupun cara dia membunuh tu sangatlah sweet bagi seorang budak yang nampak cute.. (aku memang abnormal, aku tau tu)
kalo korang nak tau macam mana sweet nye cara budak ni membunuh, tengokla sendiri cerita ini ye..


oke..
aku sebenarnya nak cerita pasal SINDROM KURANG KASIH SAYANG
hmm..based on experience akulah..
orang yang kekurangan kasih sayang ni, cara dia tunjuk keperluan dia terhadap kasih sayang tu ada dua:-

1)dia akan jadi extremely independant 
- meaning dia tak tunjuk langsung yang dia perlukan orang lain dalam hidup dia. motto hidup dia, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku, this is my life, stay out of it. okey, sejujurnya, itulah motto hidup aku DULU. sekarang dah lain. (jangan tanya kenapa)

sebenarnya, aku bukannye kurang kasih sayang pun dulu..tapi aku yang pilih untuk shut myself kot..sebab? dah tak ingat (oke, macam siot je kan?)
tapi itulah, berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan-kawan aku yang mungkin kurang kasih sayang, itulah cara diorang tunjukkan yang diorang tak perlukan kasih sayang untuk hidup. memang sunyi hidup macam tu (pengalaman sendiri) tapi kadang-kadang kesunyian tu lagi baik kot, sebab tak semestinya kita happy kalo hidup riuh rendah pun, kan? 
so, kesimpulannya, kelompok ni, akan jadi anti-social,pemendam, tak ramai kawan and tak banyak cakap (sebab tulah aku kena tendang dari group ni kot..sebab aku banyak cakap? [-,-"]
tapi yang bagusnya, orang macam ni, selalunya tak kacau orang lain..sebab yelah, dia tak perlukan orang lain pun dalam hidup dia, kan? tapi beware, mereka boleh jadi sangat pendendam..


2) dia akan jadi manusia yang datang dari planet 'look at me'
  -yang ini manusia yang mengalami sindrom kurang kasih sayang + sindrom menyakitkan mata and hati orang.        sebab? orang dari kelompok ni biasanya akan cuba untuk tarik perhatian orang terhadap dirinya..tak kiralah dari segi apa sekali pun, kalau tak boleh dengan cara yang decent, maybe dengan cara yang pelik-pelik.
ini adalah manusia yang memang tak boleh hidup tanpa perhatian daripada orang. berdasarkan pengalaman dari pemerhatian aku terhadap beberapa orang kawan aku lah..selalunya, kelompok ni akan selalu cuba tarik perhatian orang dengan bercakap dengan kuat, pakai pakaian yang menonjolkan dirinya, bagi rasuah supaya ada ramai kawan (contohnya, belanja kawan-kawan makan setiap hari..of coz la ramai lintah melekat, kan?) atau melakukan perkara-perkara pelik yang boleh menonjolkan dirinya (selalunya benda ni cuma akan bagi kesan ke atas parents la)

ada juga sesetengah tu yang akan cuba untuk berlakon menjadi seseorang yang bukan dirinya yang sebenar.. just untuk puaskan hati orang kain dan jadi more likeable??

yang sedihnya, dari segi luaran, kelompok ni memang akan nampak normal, ramai kawan dan happy sedangkan dia perlu berusaha keras untuk mengekalkan semua yang ada di sisinya dan berkemungkinan, dia akan lebih rasa sunyi dan keseorangan sebab..yang disekeliling belum tentu ikhlas untuk berada di situ.

kesimpulan entry aku?
kasih sayang tu penting sebenarnya..even kita ingat kita tak perlukan kasih sayang untuk hidup (yela, sebab kita perlukan oksigen dan makanan serta air untuk hidup)
kasih sayang tu sama macam oksigen, makanan dan air untuk jiwa kita..
kasih sayang tu luas pengertiannya..
tak semestinya bila kita tak dapat kasih sayang daripada manusia, kita perlu tinggalkan kasih sayang pada Tuhan..
sesungguhnya ALLAH s.w.t tak pernah tinggalkan kita, kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani..
buktinya, udara yang kau tarik dan hembus guna hidung tu..salah satu daripadanya..oke?



p/s: kenapa aku tulis entry ni?
      hmm..entah


p/s/s: sekali lagi diingatkan semua ni hanyalah pandangan dari kepala otak ringkas aku je..tak de fakta untuk backup apa yang aku tulis sebab macam semua orang tau, aku pemalas, so pemalas memang tak suka buat research, oke? muahahaha~~


17TH IS THE DATE

17th january..
akan jadi tarikh keramat dalam hidup aku..
berubah status jadi mrs anis..
muahahaha~~ 
tertekan?
yess..mestilah..perubahan status dan perubahan cara hidup
perubahan lingkungan pergaulan..pertambahan ahli keluarga..perubahan sistem ekonomi..(no more belila apa yang aku suke and you got no say bout it) [ T__T"]


pagi tadi dah settle semua urusan borang-borang nikah..
kena interview dek kadi daerah..
and dia macam tak percaya aku ni rela berkahwin.. tanpa paksaan mana-mana pihak berwajib (hekhek.. =,=")
sebab?
dia tanya aku..
berapa lama kenal tunang
aku cakap tak lama
dia tanya kenal tak tunang
aku cakap tak berapa kenal
dia tanya aku tau tak tunang aku tu bisnesnye banyak mana
aku cakap tak tau
nampak sangat ke kepala otak aku ni ringkas? hehehe...
seriously, semuanya sebab aku percayakan keputusan makbapak aku..dan aku percaya jodoh yang ditakdirkan untuk aku..end of discussion..(-,-")
lepas tu dia kasi la nasihat rumah tangga sikit-sikit..yada~yada~
and..stump!! dia dah cop borang aku... yeppi!!


pernyataan di atas menunjukkan aku ni macam dah gatal bebeno nak kawen, kan? kan?kan?


kenyataannya, nebes gilos!! 
im getting married + im 23 + i still dunno whats out there in the real world = am i supposed to get married?


kesimpulannya, jangan fikir banyak-banyak anis..nanti jadi runaway bride pulak..huhuh~~ (@__@")

Sunday, January 3, 2010

NAMAMU SEINDAH BUNGA~~

aku ada sorang adik lelaki
semalam sembang-sembang dengan dia and mak aku sambil dia packing-packing barang nak balik mrsm..
terbukak la cerita pasal nama impian mak aku untuk anak-anak dia..
semuanya bapak aku reject mentah-mentah sampai mak aku giveup..(ntah apala motif bapak aku sebenarnya..)



adik aku : nanti anak-anak angah nak letak nama apa?
aku        : nama bunga okey jugak.. (dah start berangan yang pelik-pelik sambil tersengih keji)
adik aku : aarr..camtu letak nama ni..NUR LANTANA CAMARA..(ikut tersengih keji)
aku        : sedap gak nama tu..maksudnya?
adik aku : nama bunga la tu
aku        : bunga apa? tak pernah dengar pun...
adik aku : tula nama saintifik untuk BUNGA TAIK AYAM.. (memanjangkan sengihnya sampai dah tak nampak mata)



p/s : seriously, perangai kau pun busuk macam taik ayam..wahai adikku..ngeh..ngeh