Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 27, 2011

RATU AYAQ MATA

assalamualaikum..
ya
aku sekarang dah dinobat jadi ratu ayaq mata..
ya
aku sekarang cengeng..
ya
aku sekarang sikit-sikit touching..\
ya
aku sekarang emo..

aku dah tak kuat macam dulu
aku bukan lagi stonecold..
bukan lagi lone ranger..
bukan lagi hati kering..

at last, aku akur pada kata-kata no women no cry..
chait~~tak seswai oke!!!

Monday, May 23, 2011

INSOMNIA

assalamualaikum..
aku diserang insomnia..
tak tahu kenapa aku susah sangat nak lelapkan mata sekarang ni..
memanglah kadang-kadang kesedihan ditinggalkan tu menyerang jugak bila dah baring dalam gelap tuh..
bila dah tutup lampu, baring and keadaan dah sunyi, yang aku dengar cuma bunyi nafas hannani..
lepas tuh segalanya terasa menghimpit..
betullah orang cakap, kesunyian tu boleh membunuh..


masa terkelip-kelip dalam gelap tu..macam terdengar-dengar suara dia bercerita itu ini..
waktu menanti mata terpejam tulah terasa betul dia tiada di sisi..
sebab hanya waktu itu aku berada dalam dunia aku..
sendiri..
waktu-waktu selebihnya aku dah biasakan diri sibuk dengan macam-macam benda..
sibuk dengan anak, kerja, facebook, tv, kemas rumah, membasuh..i even do things twice just to make sure im occupied for the rest of my day..
bila sampai aja waktu tidur, aku blank, kosong, dan mulalah nak terasa sunyi..mulalah nak melalak..
dah nak masuk 5 bulan dah anis..bawak-bawak lah bertenang..


dan bila ketenangan yang dicari tu tak juga aku jumpa,
hanya pada DIA aku mampu mengadu..
pasrah..redha..kerana itulah fitrah aku sebagai isteri dan hambaNya..


teringat lagu kopratasa :


kerana kau isteri,
kuingin kau mengerti bahawa hidup ini..
tak semudah yang kita impikan,
yang kita impikan kerana kau isteriku..


memang, hidup ni bukannya berjalan atas path of roses..
more likely macam walking on a path of roses and thorns tu, adalah..
tak semua yang kita impikan tu akan mampu kita miliki..


ramai orang ingat kawin tu, macam happy ending sebuah cerita cinta..
actually, kawin tu adalah beginning of a journey..
journey seumur hidup pulak tu..
its a journey of knowing someone, bear with him, and love him as a friend and a lover..
bila dah kawin bagi aku, its not all about you and your partner anymore..
its about 2 family and everything that comes with it..
bila dah kawin bagi aku, kita perlu bersedia..
ready to make changes in our life,
and ready to sacrifies..


ini mungkin pengorbanan kecil kami dalam hidup kami sekarang..
tak siapa tahu apa lagi yang akan perlu kami korbankan lagi demi keluarga kami ni..


setakat sekarang ni, aku cuma mampu berdoa, bersabar dan terus menanti sebab aku tau, setiap penantian pasti ada pengakhirannya..and its coming soon..huhuhu..anxious dah ni..dah siap tanda kalendar lagi..kikiki..


dan..


sekarang ini yang amat-amat aku perlu adalah tidur yang cukup..
gilos dah dekat seminggu tidur tunggang langgang ni..
cik insomnia..go away lah!!


 p/s : sabar-sabar jelah ntah apa-apa aku bebel..=__='' memang entry tanpa motif la nih..

HANNANI

anak dara saya namanya hannani..
sekarang da nak masuk 6 bulan dah pun..
dah pandai tergolek-golek sendiri..
lesen meniarap dah pass with flying colours tapi lesen terlentang balik lepas meniarap fail miserably..haha
selalu meniarap pastu bila dah penat, menjerit-jerit marah..
pastu menangis mintak tolong orang terbalikkan dia balik..so sweet anak ibu ini..
faveret words sekarang adalah "abuuu~~"
which i assume to be she calling me..haha..oke, saya perasan
masa menangis suka sebut "abuwat~~"
hannani loves to play peek a boo..
love to be hug and kissed..
such a manja-manja babyla..
and, suka sangat menangis sekarang ni.. T__T



saya sayang baby saya~~ kekeke

Wednesday, May 18, 2011

MENGIDAM

assalamualaikum..
aku pernah janji untuk cerita pengalaman mengandung and bersalin kan?
frankly, penglaman mengandung tu is a complete blur..
sampai usia kandungan dah 7 bulan, barulah aku tersedar..
tapi yg best masa mengandung ni aku rasalah kan..sume ibu-ibu mengandung pun rasa benda ni kot..
masa hubby penuhi segala permintaan..a.k.a segala benda yang korang mengidam and buat semua benda yang korang malas nak buat..oke?

haa


baru ingat..

pernah mengidam nak makan sambal telur yang mak buat masa mengandung 3 bulan..

memang lawak gilos masa tu..

pukul 3 pagi, tengah tidur, mimpi makan sambal telur mak, terus bangun, kejut hubby, nangis-nangis nak makan sambal telur..
gilos-gilos..
bukan nanges sikit-sikit pulak tu.. dah tahap menangis tersedu sedan..hikhikhik..
and please take your note ek..saya nak sambal telur yang mak saya buat..
MAK saya buat
MAK saya masa tu kat kedah..
aku kt ipoh..
memang mission impossibble la kan pagi-pagi gelap gelitos tu nak suruh mak buat sambal telur and balik kedah time tu jugak untuk makan sambal telur tu, and balik ipoh semula untuk kerja pada pukul 7 pagi..
pergh..gila pengurusan masa yang mantop..
so, dipendekkan cerita,
lepas hubby pujuk pun aku buat dek aja,
bangunlah sang suami, pegi dapur, blender cili, and masak sambal telur pada pagi-pagi buta..
sambil tu dia tanya aku macam mana mak buat sambl telur tu..haha..gilo aku pemalas tanak masak sendiri..
naseb ada nasi lebih makan malam sebelumm tu..

dah siap masak, dia pun bawak la datang kat aku..

aku tengok sambal telur tu...ada rupa macam yang mak punya..


cedok letak atas nasik..
tengok lagi..
amek sesudu..
masuk mulut..
kunyah-kunyah..
telan..
tengok muka hubby..
"tak macam mak buat"
letak pinggan,
naik atas katil, tarik comforter, tido..

boley??
kuang hajo tak??
dah la tak berterima kasih langsung..penatla orang tu masak..aku makan sesudu je..hehe..

tapi itulah last aku menangis sebab mengidam sebab lepas bangun tido pagi esoknya aku rasa teruk sangat-sngat..mintak maaf kat hubby and janji takkan buat perangai kalau mengidam lagi..
self control itu penting, oke?

lepas tu, aku mengidam bihun sup 2 hinggit yang kuar jalan-jalan cari makan tu..and mengidam daging kijang..

daging kijang dapat..
bihun sup tak dapt sebab bila lalu je mesti kedai tu tutup..chaiss..

sekian,


Saturday, May 14, 2011

.::TIMBUL BALIK::.

Assalamualaikum..
oke..aku tau
aku ni asyik menabur janji manis je kata nak hapdet la, nak ceritala..propa je tu semua kan?
sorry, ampun, maaf..
aku terlalu sibuk menata balik kehidupan
aku terlalu tenggelam dalam kesedihan sampai banyak perkara yang menyeronokkan dalam hidup ni aku lupakan..
last entry aku, pasal aku peknen, kan?
alhamdulillah..
aku dah pun selamat melahirkan baby pompuan 25hb november lepas..
anak pengikat kasih aku n hubby..

tapi, disebalik kegembiraan tu, banyak cerita sedih sepanjang kehilangan aku..
tak apalah..tak perlu lagi kot nak ungkit benda-benda yang dah pun lepas..
yang penting sekarang, aku sudah kembali sihat dan bahagia.. itu yang penting.. =)
yess..aku SAKIT..sepanjang kehamilan, aku SAKIT..
sakit yang buat aku hampir tak kenal diri sendiri,
yang buat aku dan inche suami kehilangan diri masing-masing..
aku tak tahu apa yang aku dah lakukan untuk menerima semua tu tapi biarlah..mungkin sudah ketentuan ALLAH..aku redha sebab aku percaya, ada hikmah disebalik setiap kejadian dalam hidup nih..

dan..selepas melahirkan, aku sibuk adjust balik kehidupan yang dah pun bergelar ibu..
yang sedihnya, inche suami tak dapat menemani,
rezeki budak kenit ni kot, hubby dapat tawaran masuk latihan polis, after bertahun2 dia apply tapi tak pernah dapat..
mula2 tu kami berbelah bahagi jugak perasaan, samaada nak let go hubby pergi atau tak..
tapi kemudian, kami redha..sebesar-besar ujian kami telah tempuh, biarlah ujian kecil ni jadi penguat kasih sayang kami..=)
so, genap setahun aku nikah, hari yang sama jugak hubby pergi meninggalkan aku..and sekarang, dah nak msuk 5 bulan dia pergi..
and itulah jugak sebabnya aku macam kehilangan nywa sekejap..
macam dah tak ada keseronokan dalam hidup..macam hilang sebahagian dari diri..

kemudian, berpisah sekejap dengan anakanda..dekat dua bulan jugakla..
sebab dah start kerja and ketiadaan babysitter..
lagipun mak macam tak harapkan aku je sorang-sorang nak jaga baby..
watevola..
atlast, lepas separuh mati menanggung kesepian dan kerinduan terhadap dua belahan jiwa aku tu, aku dapat bawak baby hani balik ipoh
tinggallah kami dua beranak di ipoh ni..hehe
memang mencabar..
juggle antara kerja, anak and other hassle..
terasa sangat beratnya..

TAPI..

bila melihat senyum and gelak tawa puteri kesayangan, 
semuanya terasa macam kacang rebus je..

DAN,

bila teringat pesanan suami :
"kekuatan seorang suami itu terletak pada isterinya, jadi ayg kena kuat, abang perlukan kekuatan ayg untuk bertahan di sini"

i just have to hold back my tears and swallow the pain...

p/s: entry permulaan yang 100% serius..nak gelak pon ada bc nih..betul ke aku da hilang semua sense of humor aku?

Saturday, September 4, 2010

KEMBALI~~

assalamualaikum..
akhirnya dapat jugak jenguk2 belog yang da bersawang ala-ala gua kat ceruk hujung dunia..heh..


maka arakian ceritanye..masa bukak blog ni td ternampaklah daisypath aku yg tunjuk aku da 7 bulan mengahwinkan diri aku kepada inche suami ku itu..
hak..hak da nak dekat setaun da..
last update blog bln 5 ari tuh
skang da bln 9..
da 4 bln..
mcm2 jd dlm ms 4 bln nih..
ada yang baek..
ada yang x berapa baek..
yang best pun banyak..


hapdet pertama yang aku nak war-warkan..aku da selamat mengandung selama 6 bulan 2 minggu..hihi..
alhamdulillah..setelah byk dugaan di awal kehamilan, aku semakin sihat sekarang..
cuma biasalakan, sakit pinggang, sakit kaki, sakit hati..eh..
sakit hati tu sebab tempat keje aku tu hampeh..mlsla nak cite..
org mengandung x leh cerita yg negatif..hehe..satu alasan bernas di situ..kikiki


pergh..rasa best betui dapat spill kat sini..
semenjak inche suami cakap sruh aku kurangkan aktiviti membelog, aku cuba sedaya upaya untuk jd isteri ala-ala isteri solehah..memang avoid habis walaupon sekali sekala terjeling-jeling gak belog org laen..hehe..
tetiba..malam kelmarin inche suami cakap
"yang, kalo kita wat blog psl idup kita, best gak kan?"
sumpah aku rasa macam nak tercekik kuih yang aku tengah cekik tuh..
makkaaaiii....
pucuk dicita ulam mendatang..hehe..
maka lepas ni, aku akan try meluangkan sikit masa untuk menghapdet dan mengubahsuai belog ini supaya tak menjadi belog 'saya' tapi belog 'kami'..(penyamaran itu perlu ke?)

banyak kisah cinta, harapan dan impian yang nak kami kongsi
dan insyallah..
belog ini mgkin satu ari nnt akan jadi ttpn buah hati kami, yang akan menjenguk dunia pd awl disember ini..
cant wait for that to happen!!hahaha..
 nnt aku wat entry laen pasal cerita ibu mengandung ini..hehe..



eheheh..




p/s: mode tengah intoxicatedly hepi tatau sebab apa..mood swing la ni..layan jela...

Sunday, May 2, 2010

tak tau nak letak tajuk apa

assalamualaikum..

citer dia camni...
ari ni mabuk-mabuk sebab moring sickness lagi macam biasa..
patu gatai jugak nak pegi jalan kat ipoh parade ngan mr hubby..
patu muntah kat food court
patu cramping kaki masa tengok movie
patu handset first yang mr hubby bagi merangkap benda first yang mr.hubby bagi lepas tunang dulu jatuh dalam toilet tingkat 2 ipoh parade..
selamat tinggal hp ku..

tu je nak cite..T__T (rasa macam nak nyanyi lagu bad day tapi macam tak kena la plak..)

p/s: saya baru kuar dari hospital, masuk hospital bukan sebab kerja kat situ tapi admitted as a patient..(sekarang saya faham bagaimana perasaan patient kat hospital..seksa gilos)


p/s/s: lupa nak bagitau..pregnancy saya dah masuk 2 bulan..my baby is okay..jantung baby berdegup dengan baik..saya adalah orang paling hepi masa tengok scan hari tu..wonder how that tiny heartbeat makes a lot of difference in me..

p/s/s/s: sory tak de gamba scan baby hari tu..da innalillah dalam toilet..


oke..memang da habis benda nak cite..