Saturday, January 2, 2010

HIDUP MEMANG MACAM TU

entry yang agak seyes ari ni


ari ni aku bangun pagi dengan mode sememeh..
ngantok maa..
dengan frust tak dapat pegi tengok movie semalam..


tetiba aku terfikir, (eceh, ayat tak bleh blah..)
dalam hidup aku ni, banyak benda yang aku nak, tak semestinya aku dapat..
frust?
memanglah..
tapi..



sememangnya realiti hidup macam tu..
tak semestinya apa yang kita ingini tu adalah yang terbaik untuk diri kita..
dan tak semestinya apa yang kita dapat, yang bertentang dengan kehendak kita adalah sesuatu yang buruk..


take our parents for example..
masa kita dalam perut lagi, manalah kita tau, sapa mak bapak kita,kan?
mesti masa dok tendang2 belly mak korang tuh, korang berangan nak dapat mak bapak yang hensem, jelita, baik ati dan lemah lembut, tokei balak atau taiko kongsi gelap ( oke, aku banyak berangan, so?)
tapi, boleh ke kita pilih sapa mak bapak kita?
even bila da lahir, kita tengok mak bapak kita tak seperti yang kita impikan..(andaian je) patut ke kita rasa frust?

persoalannya, adakah mak bapak yang ditakdirkan untuk kita tu, satu bala untuk kita?
semestinya tak..
itulah mak bapak yang menjaga kita dengan penuh kasih sayang,
yang mendidik, membelai, mengasihi kita, memberi kita makan dan pakai..
jadi, bukankah mak bapak kita tu satu anugerah buat kita?


samalah dalam hidup ni..
kadang-kadang benda yang kita anggap menyusahkan, merupakan satu anugerah..
setiap ujian yang Allah berikan pada kita ada hikmah disebaliknya yang kadang-kadang kita sendiri tak nampak (atau kadang-kadang nampak tapi saja-saja buat-buat tak nampak)



contoh:-
1) masa kecik-kecik dulu aku nak sangat pakai skirt kembang-kembang tu..mak aku tak bagi..aku marah, cakap mak tak sayang aku, kedekut, taik idung masin..(hehe)
hikmah- sekarang aku sendiri jadi malu nak pakai yang pendek-pendek sebab mak tak biasakan aku dari kecik..so terlepaslah aku dari dosa mendedahkan aurat (alhamdulillah)


2)aku selalu merungut time exam, benci betol, rasa nak bunuh je orang yang cipta perkataan exam tu
hikmah- sekarang ni setelah banyak exam aku tempuh, alhamdulillah aku akan dapat kerja yang aku impikan..ingat kalo tak de exam, orang nak perasan ke potensi diri aku yang kerdil ni? (alhamdulillah)



3) dulu aku merungut nape aku ada adik..nant kasih-sayang mak bapak aku terbahagi
hikmah- sekarang kalo diorang takde, aku pulak rasa sunyi, sapa lagi yang aku nak buli, ye idak? (alhamdulillah)


(semua contoh di atas diapply untuk diri aku aje, yang selalu mengamalkan prinsip, me first, oke? -jangan ikut prinsip bodo aku ni)



banyak lagi benda dalam hidup ni kalo difikirkan balik, memang tak penuhi apa yang kita mahukan, tapi insyallah..ada kebaikan disebalik setiap perkara..
sebagai manusia, kita sepatutnya bersyukur, bukannye merungut..
kalo benda yang kita dapat tu, kita tak suka, apa salahnye berusaha untuk dapatkan apa yang kita suka?
kalo tak boleh jugak, belajarlah menyukai apa yang kita tak suka tu sebab mungkin itulah yang terbaik untuk kita..


ramai orang nak kaya
tapi berapa orang yang bila dah kaya, menggunakan kekayaannya di jalan yang betul?


ramai orang nak pandai
tapi berapa ramai orang yang berilmu, menggunakan ilmunya dengan betul?


ramai orang nak kuasa
tapi berapa ramai pemimpin yang berkuasa, menggunakan kuasanya dengan betul?


fikir-fikirkan..dan selamat beramal!!! [ =") ]



p/s: seyes tak aku ari ni? 
p/s/s: ini sekadar pendapat peribadi aku, orang yang ilmunya masih cetek, yang perlu banyak belajar, yang menulis sekadar dari perspektif sendiri, betulkan jika ada yang salah, abaikan jika tak setuju..oke?

4 comments:

  1. hehehe.. serius cik tuna kita kali nie
    hehehe.. ya betol2.. mawar setuju apa yang cik tuna rungkaikan nie:D

    "angan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi, tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan ( Nikmat)"

    ReplyDelete
  2. tuhan tak akan menguji hambanya lebih dari yang dia mampu

    ReplyDelete