Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 12, 2009

OOHH IBU....

mak..
ibu...
umi..
mama..
mummy..
mom..
mother..
amma.....


macam-macam bahasa tapi bila disebut, satu saja rasa yang paling melekat di hati..rasa kasih..
persoalannya,

mungkinkah rasa kasih, rasa cinta terhadap ibu berubah?


lewat petang semalam, seperti biasa aku menelefon rumah, sekadar bertanya khabar dan berborak kosong dengan mak.
memang menjadi rutin untuk menelefon mak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..
saat hati terasa gundah, hampir setiap hari
mendengar suara mak, ketawa mak, hati aku boleh jadi lapang..
apa saja berita, telinga mak mendengar dahulu..
ingat lagi ketika hati kecewa dek kerana kecundang cinta pertama di uni dulu..
melalui telefon aku menangis pada mak..
melalui telefon juga aku dengar esakan mak..
esoknya aku kembali kepangkuan mak..menangis lagi.. :D (cite zaman belum matang, kerja nak menagis aja..)


kesimpulannya, sebagai anak perempuan sulung, akulah yang paling rapat dengan mak..
bercerita itu ini..
berkongsi segalanya..(termasuk mengumpat bapak, kadang2..haha~~)
mak sudah kenal aku sedalam-dalamnya..
segala isi hati aku, dah dapat dibaca..
tapi, lewat petang semalam, mak silap menelah isi hati anaknya ini..(ehem..abaikan ayat yg cliche tak bleh blah tu)


mungkin niat mak bergurau..tapi hati aku terdetik..
ayat mak mudah je.. "yelah..sekarang yang penting keluarga belah sana..yang kat sini tak apa.."
keluarga belah sana tu merujuk pada keluarga bakal mertuaku..
tersentap seketika aku..
aku ada buat apa-apa yang meyakitkan hati mak ke?
aku ada guris hati mak ke?
perkara-perkara yang paling aku elak, aku buat ke?
menangis ke mak kerana aku?
hanya TUHAN sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu..
jadi, aku soal mak kembali, "mak kecik ati ngan angah ke?"
mak jawab sambil ketawa "tak.."
aku tak puas hati "habis kenapa mak cakap macam tu?"
mak diam sekejap pastu menyambung " mak mengusik je tadi, angah x de buat apa-apa pun.."


walaupun mak cakap tak ada apa-apa, hati aku tetap tak tenang..
bagi aku, sesuatu takkan mudah keluar dari mulut kalau tak terlintas di fikiran, tak terasa di hati..
malam tu, waktu berbual dengan Mr.Right aku, aku ceritakan pada dia hal mak..


jawabnye mudah aja..
"mak dah terasa berat nak lepaskan anak yang dia bela selama ni..mak mula terfikir, baikkah lelaki tu untuk anak aku? bolehkah lelaki tu membahagiakan anak aku macam yang aku buat? akan lupakah anak aku pada aku setelah dia ada keluarga sendiri?"
aku diam mendengar sume tu..speechless..

mak..kalo mak baca ni, (along slalu bukakkan blog ni untuk mak)
angah sayang mak..
angah dilahirkan sebagai anak mak..
mati pun nanti insyaallah masih sebagai anak mak..
dan dibangkitkan semula pun sebagai nurul anis binti rohaya..
dan mak..
selagi ada hayat angah, takkan sekali-kali mak luput dari ingatan dan doa angah..

mak..

lelaki yang bakal menjadi suami anak mak tu, pilihan mak..
bakal menantu mak tu seorang lelaki yang baik, insyaallah..
yang boleh bimbing anak mak yang degil ni...
yang boleh bahagiakan anak mak yang manja ni..
insyaallah...



semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin aku takut..takut untuk pikul tanggungjwab, takut untuk bahagi kasih sayang antara dua keluarga, dan takut pada kehidupan baru yang asing sangat-sangat..


p/s: semakin hari blog ni jadi semakin emo..mood swing kot..huhuh~~
p/s/s: abaikan entry ini jika anda rasa meloya.. ;P

2 comments:

  1. hehe,,.,.,.terharu seketika.,.,~
    semuga berbahagia bersama sesiape sahaje org yang tersayang.,.,

    ReplyDelete
  2. pesanan penaja--ingatlah org tersayang..

    ReplyDelete