Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 30, 2009

APA SAYA BUAT HARI INI

apa aku buat hari ni?
hmm..pagi tadi ada exam..OSCE..okla..alhamdulillah boleh jwb sume ngan konfidennya..huahaha~~(riak tu, x baikk)
lpas tu balik je exam, aku tgk nur kasih..hehe..last2 bila aku tersedar, nurkasih yang tengok aku..haha~~
ok2..aku tau..hidup aku mmg boring, so?


nak cite pasal tabiat buruk ni..
aku ada 2 tabiat buruk yg mmg buruk gila la..

 tabiat 1

bila aku nak exam, bilik secara otomatik dan manualnye akan jadi macam america lpas kna taufan katrina.
aku akan balik, lempar beg n tdo..(konon2 cover masa tdola tuh, sdgkan mlm pon tdo awal..)
meja akan penuh ngan buku bakan yang obviously, aku bukak n tinggal..(bukan baca pon)
katil pon sama..penuh ngan kertas-kertas nota kecik aku (bajet baca sebelum tdo-->sila jangan percaya -__-")


tetapi, hari ini, keajaiban telah berlaku..hehe..
dengan rajinnya aku da kemas bilik walaupon pada hakikat dan hakikinya, x de pon nawaitu dalam hdup aku untuk kemas bilik sebelum exam abis..haha~~
maybe sbb aku bosan?
or maybe sbb aku serabut tgk bilik aku yang menambahkan keserabutan dan keberseliratan kepala aku ni?
haha~~mak, anak mak rajin ari ni..yeay!!


tabiat ke-2
aku ni impulsive..
kadang2 tak kena tempat...hehe
contoh petang tadi..
aku pegi pasaraya ngan bakal adik ipar aku..apalagi, beli stok makanan tak sihat aku la..
kitorg bawak la payung sebab masa nak pegi tu hujan renyai2..
citenye masa nak balik..mmg da tak hujan so aku berjalan ala-ala itik pulang petang dengan payung aku yang comel macam tuan dia jugak ni...hehe..
tetiba, adalah hamba ALLAH ni menegur aku and payung aku..
cara teguran itu telah menaikkan level impulsiveness aku (betui ke eja tu?)
maka aku tanpa berfikir panjang memegang payung tu ala-ala pegang M16 sambil mulut aku kata "dush!!" sebanyak berpuluh-puluh kali macam mesingan..hehe..
lepas tu aku kembali ke posisi asal and kata, "padan muka, da mati" and meneruskan perjalanan aku..
muka mamat yang menegur tadi tu da blur and blank..
mesti dia kata, munah tu nampak je macam cukup je sifat..tapi putus fius rupanya..haha..watevala..
idup aku, aku punya suka!!!(bole gitu?)


isnin ni ada exam lagi..so mari kita tengok, brapa lama bilik saya boleh bertahan dengan kekemasannya sekarang ini..hehe...

No comments:

Post a Comment