Monday, December 28, 2009

<3 OUR LOVE STORY <3

okeh..
entry ni atas permintaan seseorang..
entry ni jugak berkemungkinan akan jadi mushy..so bear with it..hehehe..

macam mana aku knal dgn Mr.Degil aku?
hurm..actually, aku x nak kenal pun..hahaha..
citernye..dia abang kepada besfwen aku, si mimi tuh..
mulanya, aku tau mimi ada abang..and abang dia ada a lots in common dengan aku..
mimi selalu cerita pasal abang dia, tapi secara jujurnya, aku sikit pun x terusik ati untuk kenal dengan abang dia tuh..

masa aku semester 3, kalo tak silap, aku and sorang lagi kawan masa tu, pegi umah mimi..
ada kenduri berkhatan..and, agenda lain masa tu..kitaorg nak berjalan pegi Pangkor..
actually, masa tu, Mr.Degil i ni da ada berkawan dengan sorang budak pompuan nih.
aku siap bersembang gilos2 kentang lagi ngan dia..comel orangnye..lembut jer..

lepas aku pegi umah mimi ari tu, banyak comment positif yang aku dapat dari family mimi, terutama mak ngan nenek dia..
tapi aku tak kisah pun, sebab aku bukannye pegi dengan niat nak mengorat anak teruna sapa2 apatah lagi nak mempromote diri..
and frankly said masa tu..AKU BENCI LELAKI and all that mushy things that comes wit it..
pengalaman banyak ajar aku, aku tak boleh terlalu mengharap pada manusia dari spesis lelaki..
sapa ek ajar aku? harhar..(ketawa tanpa sebab)

aa..lupa nak cakap, masa kenduri tu, aku langsug tak perasan mana satu abang si mimi nih, bercakap apatah lagi, kan??lagi la tak pernah..heheh..

so..masa aku dalam penghujung semester 4, aku dapat citer dari mimi, menangis2 jugakla mimi datang cerita kat aku, hubungan abang dia dengan pompuan tu da berakhir..
aku cuma mendengar, dan pelikla jugak, apsal mimi datang cite kat aku, benda yang tak de kena mengena ngan aku..

awal semester 5, mimi tanya aku, boleh tak dia bagi nombor tepon aku kat abang dia?
of coz la aku tanak..hehe..
but then lepas dekat sebulan dia cuba, aku bagila..sebab dia cakap camni ngan aku:
"kenapa ko tak nak bagi no tepon ko? nape tak nak bagi peluang untuk diri ko, untuk abang aku? teruk sangat ke abang aku tu? bukan dia yang mintak no tepon ko nih..mak aku yang nak, aku yang nak..kitorang nak korang cuba berkawan je dulu, bukan suruh bercinta ke kawin ke..pleeeaaaasseee..."
so, aku separuh redha je la bagi no tepon aku kat dia, dengan alasan, mamat tu bukannya ndak kat aku pon.. =")

then..

aku yang start mesej Mr.Degil tu dulu..(sebab tak tahan ari2 mimi tanya progress kitaorang)
dia just penah mesej aku sekali je, untuk wish hepi bufday lepas tu..
aku balas dengan lawak kering yang agak pedas kot...and ntah macam mana, lepas tu kitaorang macam ada chemistry..bukan chemistry untuk cintan cintun tuh..tapi chemistry dalam supporting each other..

dia tak macam lelaki lain,
yang marah bila aku tak mesej..
yang demand lebih2..
dia faham aku ni bz dan malas..
dia tahan lawak sinis aku..
dia tahu bila untuk bercakap, and bila untuk diam..
dan yang penting..dia tak pernah push aku..

but still, not a single phone call..( nasib baik masa tu ada sms, kalo tak mest kitorang pkai surat.kuakuakua..)

tiba-tiba...
sebelum aku balik cuti semester masa semester 5, aku dapat 1 mesej yang ringkas
     " ati-ati balik tu..143"
thats it
2 hari aku tenung mesej tu..nak balas? tak tau nak balas apa..
pastu, aku diam jela..
no messages..
tepon aku rehat seminggu..

balik dari cuti semester..
seminggu lepas tu..
dapat berita mak dia nak pegi merisik aku..
aku tanya mak aku, mak aku tanya aku balik..
aku cakap, kalo tu yang mak aku rasa yang terbaik untuk aku..aku redha..
aku solat istiqarah 3 malam berturut2..
semoga Allah berikan rasa kasih pada aku..
semoga terbit sedikit rasa untuk menyayangi orang lain selain diri sendiri..
semoga Allah tunjukkan jodoh aku..
malam ke 3, aku bermimpi, sekeliling aku gelap, dan ada cahaya datang dari bilik aku..cahaya yang terang..dan menenangkan..
lepas tu, aku redha..aku akur, itulah jodoh aku..

setelah aku pasti, aku balas mesej Mr.Degil yang dah berzaman tak berbalas..
ringkas je mesej aku
   "143"
tu pun berejam baru boleh tekan button send..hehehe

the rest, is history.....


p/s: penatla bukak buku hikayat sejarah lama ni..malu pun ada...kehkehkeh.. =")

No comments:

Post a Comment