Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 1, 2009

CERITERA CINTA II

masih lagi cerita pasal cinta..


seingat akula..
aku punye kisah cinta, cinta sesama manusia ni..cuma ada tiga kali je..
x macam orang laen yang kisah cinta berjela-jela x cukup list..hehe..
sebab?
sebab bagi aku cinta ni bukan macam pilih ikan kat apek yang slalu datang kat depan umah aku tuh..


cinta pertama aku, yang boleh dikatakan agak-agak sweet macam lolipop..hehe..
crush pertama dalam hidup, secara jujurnya..
masa tu, umo aku adala dalam 14 tahun..masa tingkatan 2..
first time rs dup dap bila tgk anak teruna orang..huahaha..
tapi tula cinta yang paling tak dapat nak lupa sampai sekarang..
kami tak pernah berbicara empat mata, bersembang pasal hati, perasaan, apatah lagi pasal jantung, limpa dan buah pinggang..
kami masing-masing tahu tentang rasa sayang yang wujud walaupun tak pernah terungkap..(chaizz ayat tak blh blah..)
aku ingat lagi..
pagi-pagi lepas bacaan doa & nyanyian lagu kebangsaan, kami akan berdiri di koridor..berdua..sorang kat pintu depan, sorang kat pintu belakang..hehe..
jauh..tapi rasa dekat..
x pernah bercakap tapi rasa mesra..
kerap kali mata kami bertembung kalau masing-masing saling menjeling..
lepas tu..malu tak cukup tanah..
perasaan yang kami kongsi itu tak pernah terucap, sampailah hari terakhir dia di sekolah..
sampailah dia berkali-kali datang melawat di sekolah..
sampailah aku x pernah jumpa dia lagi sekarang ni..
and, sekarang, bila aku teringatkan dia, aku terfikir, what if i told him back then?
tapi hidup takkan ke mana kalo asyik fikir benda yang dah lepas, kan?


cinta kedua aku..
cinta yang menyedihkan..cinta yang paling meninggalkan kesan..
kami 2 manusia yang ada banyak persamaan..
ada rasa sayang..tapi susah nak diluahkan..
kami,  manusia yang penuh dengan keegoan..
lalu, rasa cinta yang ada kami tinggalkan, demi keegoan itu..


aku kenal dia, lama.. dari darjah 6 sampai tingkatan 5..
selalu aku tangkap pandangan matanya pada aku..
tapi selalu juga aku tepis perasaan aku..
lepas SPM, aku beranikan diri untuk menerima, setelah dia beranikan diri utk berterus terang..
kami bercinta..simple bunyinya..
nampak normal..tapi tak..
banyak yang kami sembunyikan, yang kami rahsiakan dari masing-masing..
aku dengan sikap independant, x nak bergantung pada sesiapa kononnya..
dia dengan sikap tak ambil kisah..
maka kami hidup dalam dunia masing-masing..
terasing..walau ada rasa sayang..


kerana terlalu banyak rahsia, terlalu banyak memendam, lepas 2 tahun bercinta,
kami lepaskan rasa cinta itu..
perpisahan secara baik..walau ada hati yang menangis..
aku tahu dia susah untuk lepaskan..
aku pun berat untuk tinggalkan..
tapi ini pilihan kami..dan mungkin itu yang terbaik..


cinta ketiga aku..
datang tanpa diminta..
setelah aku tutup pintu hati aku untuk semua lelaki..
datang dari permintaan seorang sahabat..
mulanya aku sekadar menurut, cuma berkawan tanpa niat dan rasa sayang..
kemudian, secara tiba-tiba, aku disunting menjadi suri hidupnya..
permintaan keluarga dan harapan ibu..

walaupun cinta tu bukan macam pilih ikan dekat apek yang slalu datang depan umah aku tuh...
entah kenapa, aku setuju..
dia menurut kata ibu bapa..
aku mengikut kata putus dari mak bapak..
cinta hadir kemudian, setelah cincin disarung dijari, tanda aku bakal jadi miliknya..
dengannya aku jadi diri sendiri..
dengannya aku belajar untuk bergantung..
dengannya aku cuba untuk meluahkan rasa hati..
alhamdulillah..
kami bakal bersatu..insyaallah..
cinta ketiga ini mungkin bukan cinta pertama aku, tapi insyaallah, cinta aku yang terakhir..


p/s:- geli x baca entry ni? hahaha~~ blog ni da macam diary la plak..lepas ni blh tulis, dear diary..haha~~




No comments:

Post a Comment