Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 30, 2009

APA SAYA BUAT HARI INI

apa aku buat hari ni?
hmm..pagi tadi ada exam..OSCE..okla..alhamdulillah boleh jwb sume ngan konfidennya..huahaha~~(riak tu, x baikk)
lpas tu balik je exam, aku tgk nur kasih..hehe..last2 bila aku tersedar, nurkasih yang tengok aku..haha~~
ok2..aku tau..hidup aku mmg boring, so?


nak cite pasal tabiat buruk ni..
aku ada 2 tabiat buruk yg mmg buruk gila la..

 tabiat 1

bila aku nak exam, bilik secara otomatik dan manualnye akan jadi macam america lpas kna taufan katrina.
aku akan balik, lempar beg n tdo..(konon2 cover masa tdola tuh, sdgkan mlm pon tdo awal..)
meja akan penuh ngan buku bakan yang obviously, aku bukak n tinggal..(bukan baca pon)
katil pon sama..penuh ngan kertas-kertas nota kecik aku (bajet baca sebelum tdo-->sila jangan percaya -__-")


tetapi, hari ini, keajaiban telah berlaku..hehe..
dengan rajinnya aku da kemas bilik walaupon pada hakikat dan hakikinya, x de pon nawaitu dalam hdup aku untuk kemas bilik sebelum exam abis..haha~~
maybe sbb aku bosan?
or maybe sbb aku serabut tgk bilik aku yang menambahkan keserabutan dan keberseliratan kepala aku ni?
haha~~mak, anak mak rajin ari ni..yeay!!


tabiat ke-2
aku ni impulsive..
kadang2 tak kena tempat...hehe
contoh petang tadi..
aku pegi pasaraya ngan bakal adik ipar aku..apalagi, beli stok makanan tak sihat aku la..
kitorg bawak la payung sebab masa nak pegi tu hujan renyai2..
citenye masa nak balik..mmg da tak hujan so aku berjalan ala-ala itik pulang petang dengan payung aku yang comel macam tuan dia jugak ni...hehe..
tetiba, adalah hamba ALLAH ni menegur aku and payung aku..
cara teguran itu telah menaikkan level impulsiveness aku (betui ke eja tu?)
maka aku tanpa berfikir panjang memegang payung tu ala-ala pegang M16 sambil mulut aku kata "dush!!" sebanyak berpuluh-puluh kali macam mesingan..hehe..
lepas tu aku kembali ke posisi asal and kata, "padan muka, da mati" and meneruskan perjalanan aku..
muka mamat yang menegur tadi tu da blur and blank..
mesti dia kata, munah tu nampak je macam cukup je sifat..tapi putus fius rupanya..haha..watevala..
idup aku, aku punya suka!!!(bole gitu?)


isnin ni ada exam lagi..so mari kita tengok, brapa lama bilik saya boleh bertahan dengan kekemasannya sekarang ini..hehe...

Tuesday, October 27, 2009

0_o evolusi seorang anis??





maka arakian tersebutlah kisah~~ahhhh~~ahhh~~


 jam menunjukkan pukul 12.30 am
(cute kan jam i..)


cuba teka benda apa ni?


sugar crackers Hup Seng..peneman waktu study..=) thumbs up la!!
erm..plus milo 1 mug or pepsi..(sungguh x sihat gaya hidupku)


ni nota yang kena baca..ada lagi satu yg tebal dia lebih kurang ni jgk..  -__-" sy mmg kesian..


ini adalah mr.starfish yg da lunyai kena lanyak.. =P
(tanda2 kuat membute??)

motif entry ni?
study + mkn + tgh mlm buta + tdo membuta - senaman = ????

inikah jawapannya?

evolusi seorang anis..


sebelum join nursing..


lepas setaun setengah join nursing..


lepas 2 taun stengah..


lepas 3 taun..

so,sapa cakap mkn tengah malam pastu tdo gemuk?
aku makin krus je..haha~~
tu sebab tensen la mengong!!

p/s: korang perasan x aku nampak tua gila pakai line staff nurse? haha~~
p/s/s: entry ni hanyalah entry buang masa sbb da mls sgt nak baca buku..mayb pas ni aku patut wat galeri gamba dari baby plak? haha..in ur dream bebeh, coz i x de gamba ms baby..huhuhu~~

Saturday, October 24, 2009

.::MEET MY BABY::.

saya ada baby baru
nama baby saya kiki
mr.right saya tak setuju saya bela kiki (dia jeles saya sayang kiki lebih dari dia kot..)

tapi, peduli apa saya, saya suka..haha.. (saya still sayang awakla, my mr.right =) )


 kiki jual mahal x nak pandang kamera..


  
akhirnya pandang jgk sebab tertarik ngan flash camera..haha~~







baby i memang pandai pose kan..shoot dr belakang, u...


 entah apa yang dia buat menempek kat situ


 
 chantekkan baby i...=)



 kalo u x kecik, for sure i da pelok2 u.. =P

 
 muka tensen tgk 'mama' dia

 
malas aku melayan budak nenong ni..baik mkn.. =P


p/s:- adakah ini training sblm ada anak sendri??

Sunday, October 18, 2009

APA SAYA BUAT DEEPAVALI INI

Deepavali, saya cuti 3 hari...
jadi saya buang masa ngan kekawan saya..
let the photo do all the talking la...maleh nak cite..
+


+


+


mula-mula..kitorang pegi..



 
chicken rice shop..besh... =) thumbs up!!

Saturday, October 17, 2009

.::SISA::.

sekarang pukul 1 30 am, ok?
saya baru lpas study, ok? (bajet macam rajin sangat)
saya x boleh tido, ok? sebab saya ada maslah insomnia (and its killing me!!)
baru lepas majok dengan mr.degil saya..
sekarang saya menyesal, sebab mr.degil saya pandai buat saya menyesal lepas kecikkan ati saya..( darn, i hate u for that!!)
pastu, saya jumpa ni..dalam laptop saya..




sisa2 ayam yang tinggal masa smbutan besday ari tu...




ohh..sungguh geli..hahah~~


p/s: gambar laen tak dapat disertakan sebab kami sumer tengah seksi u!!

Wednesday, October 14, 2009

.:kamu gelong, tapi saya still sayang sama kamu:.

situasi 1


masa tengah tggu nak past report, dalam keadaan ward yang sesak dan panas...
kerana kami adalah budak2 pintar yang amat tak suka buang masa (*ehemzz) maka kami pun bersoal jawab mengenai pengetahuan am..
madhu--> alexander graham bell..sapa tu?
aku-->haa aku tau..orang yang cipta..

chah--> loceng!!! (memintas kata-kata aku dengan cepat, muka memang konfiden habiss)
kami sume-->haa???
chah-->yela, kan perkataan BELL tu sempena nama dia...

erk....kami berada dalam situasi speechless..haha~~


situasi 2


aku tak ada di tempat kejadian, cerita ini disampaikan secara turun temurun melalui madhu..


chah--> dey madhu, gaster kita duduk belah mana? (gaster itu perut, ok?)

madhu-->kiri..(ini adalah fakta)

chah-->bukanla, belah kananla..aku dok sakit perut dari tadi lagi tau..(sambil mengusap bahagian kiri abdomennya..)

madhu-->ko cakap belah kanan, tapi pegang belah kiri..
chah-->eh..ni bukan belah kanan ke?


its ok chah..aku pon kadang2 macam tu..thats why kalo korang gelong pon, aku still sayang korang..ececeh..


p/s:- tak baik betol aku asek cite pasal chah kan? tapi, suka ati akula, nikan blog aku..huahaha...sory chah...

KES KEMATIAN MISTERI DI I.C.U....

skang ni jam bilik aku tunjuk tepat pukul 12.30 am..
tetiba rasa nak muntah mengadap nota anaemia..hukhuk = (
tetiba jugak teringat cerita Bell petang tadi..
pasal kes kematian misteri kat ICU..
dia cakap sumer orang da tau cite ni..
aku buat muka blur and paksa dia citekan kat aku..
yela, mana aci, the whole world da tau, aku tak tau lagi..hehe


cite dia macam ni...
kat ICU, memang selalu berlaku kematian..yela, nama pon ICU,kan?
kalo namanya playground tu yela kot tak de..
anyway, setelah ICU tu beroperasi selama bertahun-tahun, berlakula satu kejadian misteri ala-ala misteri nusantara gitu..
kejadiannya adalah di mana setiap hari, menjelang pukul 7 petang hingga 9 malam, akan ada pesakit yang mati..
kejadian yang berlaku berturut-turut setiap hari menyebabkan staf-staf dia mula rasa kecut perut and meremang segala bulu yang ada..ehemz..
maka, setelah meeting tergempar diadakan, maka dengan bijaknya, ketua jabatan pon mencadangkan agar mereka melakukan observation jika terdapat sebarang kejadian paranormal..
dipendekkan cite..(sebenarnya aku tak reti nak cerita)
satu ari ni, staf-staf ICU tu menyorokla untuk tau apa sebenarnya terjadi antara masa pukul 7pm sampai 9 pm tuh..
manala tau jika terdapat sebarang kehadiran entiti-entiti yang boleh dikategorikan dalam objek paranormal..( bunyik macam dalam siri seekers da ni..)
dalam diorg menunggu tu..tiba-tiba munculla satu lembaga ni..
dia masuk bilik pertama and setelah dia keluar dari bilik tu 15 minit kemudian, seorang patient gasping dan hampir2 kiok..
diorg pon follow la lembaga tu..
kali ni diorg nmpk ngan jelas apa yang lembaga tu buat..


*


*


*


*


*


*
lembaga tu menghampiri katil patient dan tangannya mencapai..
kepala plug ventilator dan diganti dengan plug vakum..
chait..rupa-rupanya makhluk Allah tu adalah seorang cleaner yang tengah nak bersihkan bilik..
dia cabut plug mesin pemyambung nyawa pesakit, mana patient tak meninggal..putus nyawala dek non oii..

macam best je cite nih..
tajuk tak blh bla..
tapi tula yang Bell cite kat aku..skit pon aku x ubah..betoi..


p/s:- mood swing aku da makin teruk nih..apa mau jadi? i need coottiii!!




Monday, October 12, 2009

OOHH IBU....

mak..
ibu...
umi..
mama..
mummy..
mom..
mother..
amma.....


macam-macam bahasa tapi bila disebut, satu saja rasa yang paling melekat di hati..rasa kasih..
persoalannya,

mungkinkah rasa kasih, rasa cinta terhadap ibu berubah?


lewat petang semalam, seperti biasa aku menelefon rumah, sekadar bertanya khabar dan berborak kosong dengan mak.
memang menjadi rutin untuk menelefon mak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..
saat hati terasa gundah, hampir setiap hari
mendengar suara mak, ketawa mak, hati aku boleh jadi lapang..
apa saja berita, telinga mak mendengar dahulu..
ingat lagi ketika hati kecewa dek kerana kecundang cinta pertama di uni dulu..
melalui telefon aku menangis pada mak..
melalui telefon juga aku dengar esakan mak..
esoknya aku kembali kepangkuan mak..menangis lagi.. :D (cite zaman belum matang, kerja nak menagis aja..)


kesimpulannya, sebagai anak perempuan sulung, akulah yang paling rapat dengan mak..
bercerita itu ini..
berkongsi segalanya..(termasuk mengumpat bapak, kadang2..haha~~)
mak sudah kenal aku sedalam-dalamnya..
segala isi hati aku, dah dapat dibaca..
tapi, lewat petang semalam, mak silap menelah isi hati anaknya ini..(ehem..abaikan ayat yg cliche tak bleh blah tu)


mungkin niat mak bergurau..tapi hati aku terdetik..
ayat mak mudah je.. "yelah..sekarang yang penting keluarga belah sana..yang kat sini tak apa.."
keluarga belah sana tu merujuk pada keluarga bakal mertuaku..
tersentap seketika aku..
aku ada buat apa-apa yang meyakitkan hati mak ke?
aku ada guris hati mak ke?
perkara-perkara yang paling aku elak, aku buat ke?
menangis ke mak kerana aku?
hanya TUHAN sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu..
jadi, aku soal mak kembali, "mak kecik ati ngan angah ke?"
mak jawab sambil ketawa "tak.."
aku tak puas hati "habis kenapa mak cakap macam tu?"
mak diam sekejap pastu menyambung " mak mengusik je tadi, angah x de buat apa-apa pun.."


walaupun mak cakap tak ada apa-apa, hati aku tetap tak tenang..
bagi aku, sesuatu takkan mudah keluar dari mulut kalau tak terlintas di fikiran, tak terasa di hati..
malam tu, waktu berbual dengan Mr.Right aku, aku ceritakan pada dia hal mak..


jawabnye mudah aja..
"mak dah terasa berat nak lepaskan anak yang dia bela selama ni..mak mula terfikir, baikkah lelaki tu untuk anak aku? bolehkah lelaki tu membahagiakan anak aku macam yang aku buat? akan lupakah anak aku pada aku setelah dia ada keluarga sendiri?"
aku diam mendengar sume tu..speechless..

mak..kalo mak baca ni, (along slalu bukakkan blog ni untuk mak)
angah sayang mak..
angah dilahirkan sebagai anak mak..
mati pun nanti insyaallah masih sebagai anak mak..
dan dibangkitkan semula pun sebagai nurul anis binti rohaya..
dan mak..
selagi ada hayat angah, takkan sekali-kali mak luput dari ingatan dan doa angah..

mak..

lelaki yang bakal menjadi suami anak mak tu, pilihan mak..
bakal menantu mak tu seorang lelaki yang baik, insyaallah..
yang boleh bimbing anak mak yang degil ni...
yang boleh bahagiakan anak mak yang manja ni..
insyaallah...



semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin aku takut..takut untuk pikul tanggungjwab, takut untuk bahagi kasih sayang antara dua keluarga, dan takut pada kehidupan baru yang asing sangat-sangat..


p/s: semakin hari blog ni jadi semakin emo..mood swing kot..huhuh~~
p/s/s: abaikan entry ini jika anda rasa meloya.. ;P

Saturday, October 10, 2009

ALASAN YG KUKUH???

sungguh bosan bila anda dijangkiti virus influenza..
menyebabkan kerongkong anda sakit, dan hidung berair..
lagi tak best bila exam date dah dekat..
ianya cuma mencukupkan alasan untuk aku tdo..n tinggalkan buku study terdampar kesepian sorang2...huhuh


bila demam macam ni, mulala teringatkan sup ayam mak..
teringatkan tangan lembut mak memicit dan mengusap ubun-ubun..
rindu untuk mak memang selalu ada tapi bila sakit macam ni..rindu makin tebal..adoiyai...


bila demam macam ni, benda yang paling best untuk dibuat adalah bergulung dengan bahagianya dalam selimut..
lagi best bila tak payah bangun untuk kerja..
pergi kerja pun rasanya jasad je yang pegi..jiwa entah kemana...


banyak benda lagi nak settle sebelum exam and deepavali ni..
demam ni seakan-akan membentuk alasan untuk ignore sume tu and kembali pejamkan mata..tdo..bergulung..macam kuih gulung..


p/s:- entry waktu demam ni memang merapu..biarla..aku kan tengah demam..(kukuh tak alasan tu?)......

Thursday, October 8, 2009

BENGANG!!

kadang2 aku bosan ngan kerja aku..
tapi aku suka kerja aku..
ini pilihan aku daripada berjuta lagi option yang aku ada kat dunia ni..
tapi kadang2 enviroment ngan orang sekeliling buat aku rs kuchiwa jer...



sesetengah orang anggap kerja macam aku ni teruk sangat..
ingat lagi masa mula2 aku buat keputusan untuk jadi jururawat..
antara soalan yang orang akan tanya aku:-


1) tak geli ke dengan segala najis, muntah, darah pesakit?
2) tak takut ke tgk org mati?
3) larat ke jadi kuli orang, cuci berak orang sume?


tahu tak, kalo kitaorg tak pilih jalan ni, sapa yang nak basuh berak anda sume bila anda sume da x larat, hdup plak bergantung pada berjenis2 wayar?
sapa yang nak uruskan mayat anda sume kalo anda sume x ada waris atau waris anda datang lambat? sanggupkah anda terbujur sorang2 dalam keadaan kotor?
and, tahukah anda, satu hari nant anda pun akan jadi kuli, membasuh najis dan mengelap punggung anak2 anda, atau ibu bapa anda, kalo anda sume bernasib baik, dapat bela ibu bapa yang uzur...


kadang2, manusia ni terlupa, kita adalah manusia yang dijadikan TUHAN untuk saling melengkapi..
setiap pekerjaan yang halal itu mulia, kerana setiap pekerjaan itu ada fungsinya masing2..
TUHAN tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2..


belajarla untuk hargai apa yang kami lakukan..
jika anda anggap kami jururawat adalah kuli anda, hargailah apa yang kuli ni buat, sebab rasanya, anda sendiri x sanggup buat apa yang kami buat!

Tuesday, October 6, 2009

AKU SAYANG SAMA KAMU

aku sayang kamu..
aku sayang kamu dengan berjuta sebab kamu di sisiku
aku sayang kamu dengan beribu sebab aku di sisimu
kerna kau belahan hatiku
kerna aku belahan jiwamu
kerna denganmu, aku sempurna..
kerna bersamamu, aku adalah aku..
kerna tanpamu,
hilanglah duniaku...

aku sayang kamu..



HEPI BESDAY TO ME~~

HEPI BESDAY TO ME~~
huhu..
dalam dok sibuk-sibuk meniti hari-hari yang makin sibuk,
aku boleh terlupakan hari lahir sendiri..
nasib baek mr. right sy ingatkan.huhu..thnx lots dear..


dikejutkan dek bakal adik ipar yang duduk bilik sebelah tepat jam 12.00 am..

sebelum berpisah di depan pintu lepas rocall tadi dia ada mengadu sakit dada..
dengan cemas aku keluar daripada bilik, takut apa-apa terjadi pada dia..
rupa2nya..chait!!
lepak je dia dok bersembang dengan bell kat koridor..
hmm..ada drama sebabak..aku dipanggil untuk jadi orang tengah kononnya..
bukak je bilik madhu...
shahdu rasa hati..
sambutan besday yang tak disangka..
tak sangka, dalam kesibukan untuk OSCE and exam, diorg sempat teringatkan besday aku..
huhu..terharu aku...


cerita lawak sambutan kali ni,
tak ada kek comel dan lilin kecik-kecik..
cuma 2 ekor ayam madu dan sebatang lilin besar..disertakan dengan twisties n snack..
huhu..
diorg cakap, sume sbb hujan ptg tadi, diorg x boleh kluar beli kek..
anyway, thnx alots guys..luv  u guys!!

cerita x best besday kali ni..
another steps closer to wrinkle!!
hahaha~~last besday as a orang bujang..



p/s:- wonder wat will happen to me next year?

p/s/s:- wonder who will be wit me next year... ;P

Monday, October 5, 2009

X SEDAR DIRI

da abis trial OSCE jap td..
first group yag msk n bila aku tarik je skrin..dagu aku jatuh sampai lntai..hahaha
x bajet langsung nak masuk ambu bag bagging..haha
berterabur ambu tu aku kerjakan, last2 berjaya gak..fuhhh..

lega satu hal, kuar je dr skill lab tuh, diorg cakap result exam ari tu da kuar..
pegila tgk..
chait, drop lg..naseb baek lulus...
abisla pointer aku..
aku da ckp, aku ni bab hafal menghafal mmg fail..
huhuhu...
lepas ni, knla sedar diri and study hard..
sila jangan tipu diri sendiri dan orang lain ye anis..
huuuuuuuuuuuu

Sunday, October 4, 2009

PENING LALAT~~

pening, pening, pening..
tersepit antara study, persiapan majlis perkahwinan, dan keperluan emosi..
keadaan yang amat tidak menyenangkan..huuu..

esok ada trial OSCE..
for those yang x tau..OSCE ni adalah peperiksaan utk menilai skil kitorg dalam melakukan prosedur..k?
aku x kisah sangat pasal OSCE sebab its all about benda yang aku buat hari2..
so, let just leave it behind, shall we?

dua hari lepas, my beloved Mr. Right jatuh motor on the way dari kebun sawit..
masa tu aku tengah sibuk untuk jayakan majlis deeparaya..
once tahu pasal minor accident tu, all of sudden aku punya mood spoil..
kena plak Mr.Right aku ni buat main2 plak pasal insiden tu..betul2 buat aku riso..
aku cukup x suka kalo aku x diberitahu apa yang aku patut tahu..
sy tahu la awk tak nak sy riso, tapi sy ttp akan riso selagi awk x de dpn mata sy, ok?
sempat bertengkar..and then i realize that im being irrational..huhu..
im sooo sorry dear..

semalam plak, pegi kedai kad jemputan depan stadium sultan ismail..
survey and tempah kad..
penat mata memandang kad2 yang comel tuh..
bila dah rambang mata melihat, aku pon pilih satu dengan bangganya..
patu, bila mintak colour putih, sorryla dik..x de..
pergh..kuchiwa eden!!
susah betoi nak menjayakan majlis perkahwinan idaman..
tapi yela, kalo x susah, nant aku x hargai plak..kan?kan? (terapi relaksasi berjaya..hahaha..go positive thinking!!)

pastu, jalan kaki pegi pasar siti khadijah, survey bunga telur untuk bunga pahar..
naseb baek ada colour putih..and so very comella..
so kawan2, jgn lupa datang nant utk collect bunga telur tu, ye?
hehehe...
tapi just tempah dulu dengan mak cik tu, sebab x blh nak bawak balik dengan keadaan kitaorg yang cuma berjalan kaki.. heheh..

bila balik bilik semalam..da flat..
kepala da serabut semacam..bukak je pintu bilik, hati rasa macam nak pecah..
manusia memang susah untuk diagak tindak tanduknya, kerana ternyata manusia ni kadang2 boleh ikut resmi benda bertanduk..
susah sangat untuk respect space and harta benda orang laen..
susah sangat untuk faham yang berdiam diri dan lakukan hal masing2 lebih baik dari mengambil tahu dan saling menyakiti..
nak sangat ke dosa kering sebab slalu menyakitkan hati orang? isk2..
sebab malas nak layan, on MP3, layan surah an-Nur and tdo..selamat cerita semalam tanpa ada sesiapa yang tercedera di belasah..hahaha

really, aku memang berharap masa dapat berhenti kejap..
bolehla aku tarik nafas kejap, gather myself back together..
emotionally, aku letih
but..life is full of interesting thing for me to quit exploring..
so stop thinking bout your tiring life, anis!!
haha..my positive thinking is reallllyyyy woorrkkiiingg..
hahaha..
aku da start merapu..so thats it..

p/s:- entry luahan yang merapu..kan?kan? kan?
p/s/s:- program naikkan berat badan berjaya..update berat sekarang..48 kg..another 1 kg to go..chaiyok!!

Thursday, October 1, 2009

CITE PASAL RAYA .:extended version:.

assalamualaikum...
eid- mubarak..
selamat kembali bekerja..
selamat kembali menghadapi dunia realiti di luar lingkungan ketiak mak..
selamat kembali menghadam makanan x sedap tapi terpaksa telan..
selamat kembali sedar diri yang exam da dekat (ditujukan khas pada aku)

hmm..
sebenarnye nak cite pasal raya kat kolej..tapi da termelalut kejap..
ni sumer emo sebab x puas raya kat umah la nih..heheh..

raya kat kolej ni disambut secara ala kadar jer..
selepas memeras ugut student2 sorang seploh hengget, maka kolej aku ngan bangganya menganjurkan majlis deepa-raya..(kononnyela..tapi aku x jmpa lah maruku..kehkeh)

semalam balik jer dari kerja dalam pukul 4 lebih2 gitu, kitorang sebagai senior pun trun merewang..(gotong royong siapkan bahan2 nak masak..)
yela sgt tu anis..bukanke ko membute sampai dekat pukul 5.30 pm baru ko trun? kuikuikui...
malam tu plak sibuk menyibuk masa orang tengah sibuk buat lemang..
sebab aku ni x reti n x makan pun lemang, aku just tolong2 lap2 daun pisang and selebihnya tolong2 tengok..hehehe..

pagi tadi, turun lagi, untuk masak..
kitaorang masak soto, nasi himpit yang last2 skali jadi bubur??!!, lontong, nasi minyak, ayam masak merah, jelantah, dalca, and agar-agar..
sebab aku just sibuk mengaco and memotong bahan2, bukannye memasak, so aku x layak untuk komplen kalo sume benda tu x sedap..hahaha..

yang best, soto..tu pun sebab aku taruk sambal banyak2..haha..mau dirrhea makan pedas2..heheh..

yang lain, malas mau cite, let the photo does all the talking, orait?

pakar lemang dari bota, merangkap bakal adik iporku

orang yang tak reti buat lemang tapi menyibuk..

cara-cara memasukkan pulut dengan tangkas dan penuh semangat kesukanan..

bagaimana mahu bergaya dengan buluh lemang anda..

korang ingat korang menyorok blakang buluh tu aku tak nampak??

acara karaoke secara berjemaah

tak payahla nak berpura-pura..cik ana yang jaga lemang tu, bukan kome..

humangaih..ini nak buat lemang ke nak bakar garaj??

keesokkan harinya..

*

*

*

*

*

*


sebelum kerja..kita soru dulu..

nyam...nyam..erkkk!!

orang kuat di belakang tabir pembikinan cerita ini..

kanak-kanak bawah umor, jangan tiru aksi ini..

setelah berpeluh ketiak dan berjanggut tunggu..inilah hasil rembatan yang kami sempat sapu..yang lain sudah wassalam ditelan dek manusia-manusia yang kebuluran..

control jer..perut tgh lapor..

pura-pura nak tangkap gambo sedangkan nak tangkap dia suruh basuh periuk belanga..haha..

ini bakal adik ipor aku..da ada orang booking..hehe

ini tuan punyer blog..huhuh~~